Wed 12 Sep 2007
Kita Sentiasa Ada Pilihan
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Saya tidak pasti atas sebab apa saya menulis mengenai perkara ini kali ini. Tapi inilah perkara yang terngiang-ngiang di telinga saya dan selalu berada dalam fikiran saya sepanjang minggu ini. Makin saya cuba nak lupa, makin la ia datang kepada saya. Jadi saya memutuskan untuk menulis mengenai perkara ini : Kita Sentiasa Ada Pilihan.
Saya juga sedia maklum, ada banyak penulis lain telah menulis sesuatu yang berbunyi sebegini rupa, namun hati saya mendesak saya untuk menulis mengenainya juga. Jadi saya merasakan perlu saya menulis mengenainya. Dan saya yakin ada sebabnya
Saya juga ada terdengar dialog-dialog yang membawa maksud yang sama sepanjang minggu ini. Saya menonton banyak filem minggu ini dan tak ingat filem yang mana yang menyebut perkara ini. Dan saya juga pernah menuturkan hal ini pada seseorang minggu lepas, dan saya masih ingat hal ini. Sebab itu juga saya menulis mengenai perkara ini hari ini
Selalu berdepan dengan keadaan seperti ini : ‘Saya tak ada pilihan’ Tak kira apa jua situasi, banyak kali saya mendengarkan hal seperti ini. Ayat-ayat seperti ini seringkali di ulang ucap tatkala menghadapi kebuntuan, kesusahan, dan putus asa. Dan jika anda mengucapkannya kepada saya, saya akan kata, ‘Kita semua sentiasa ada pilihan, buatlah pilihan anda.’
Meletakkan diri di dalam keadaan ‘TIDAK ADA PILIHAN’ sebenarnya adalah menipu diri sendiri. Mungkin kerana pilihan yang perlu dibuat itu berat, dan tak mahu menanggung sebarang risiko setelah pilihan di buat. Alangkah malangnya anda tidak sedar bahawa keberanian membuat pilihan dan menanggung risiko akan menarik anda hampir kepada kejayaan?
Dalam apa jua situasi sentiasa ada pilihan. Pilihan yang akan menjadikan keadaan lebih baik atau kurang baik. Apa-apa pun, pilihan anda perlu di buat, buat pilihan dan teruskan perjalanan hidup. Tersalah memilih bukanlah kegagalan, tetapi satu pengajaran.
Berhenti menipu diri sendiri dengan mengatakan saya tak ada pilihan. Anda sentiasa ada pilihan. Kenapa mahu menipu diri kan? Kalau benar wujud keadaan tak ada pilihan, tentu dunia haru biru. Sedangkan masa nak makan pun, anda boleh memilih kan? Buatlah pilihan anda hari ini.
Salam Kejayaan Untuk Anda
September 12th, 2007 at 5:58 pm
yup, kita sentiasa ada pilihan.
Namun, kekadang di dalam sesetengah situasi, ada lebih dari 2 pilihan namun kita tak menjadikan pilihan itu sebagai keputusan kita.
Seperti saya juga, ada pilihan lain, namun saya tak memilihnya untuk dijadikan keputusan. Sesuatu yang ‘push’ kita keluar labih banyak dari pilihan sedia ada.
Artikel ini ada kena mengena dengan keputusan saya baru-baru ini, macam tau-tau aje ye .. hehe. Sedikit ceria emosi saya bila membaca tips kali ini.
Good article
- shueqry -
September 12th, 2007 at 8:32 pm
Terbaiknya ialah yakin anda ada pilihan. Sentiasa yakin. dan sentiasa patuh pada kefahaman ini.
Bila kita patuh akan sesuatu itu, lebih mudah anda mmemilih. Berpegang pada pilihan dan cuba pelajari bhagian yang baik dan bahagian yang buruknya. Jangan pernah mengalah. Ingatlah, bahawa setiap di antara daripada kita adalah seseorang yang amat membanggakan.
Banggalah dengan pencapaian diri masing-masing