Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Kejayaan membawa maknya yang berbeza kepada setiap manusia. Bagi seorang penulis, menghasilakn sebuah buku bestseller merupakan satu kejayaan. Bagi kanak-kanak, keupayaan mendapatkan duit raya yang banyak semasa musim perayaan pun, merupakan satu kejayaan. Bagi ahli sukan, keupayaan memecahkan rekod kebangsaan mahupun rekod peribadi adalah satu kejayaan. Bagi usahawan/businessman pula, jumlah jualan setiap bulan adalah satu kejayaan.

Tentu anda nampak akan perbedaannya. KEjayaan itu berbeza pada setiap manusia. Salah satu booster kejayaan yang saya akan kongsikan dengan anda menyentuh sesuatu yang mungkin anda pernah dengar, mahupun tak pernah. Yakni. COACH.

 APA KAITANNYA COACH DENGAN KEJAYAAN SAYA?

Lihat semula contoh-contoh yang telah saya berikan. Ahli sukan, usahawan. Lihat dengan siapa mereka berinteraksi untuk mengekalkan trek kejayaan dan menumpukan fokus? Tidak dapat dinafikan coach adalah salah satu daripadanya. Coach adalah salah satu faktor, booster kejayaan. Ya, saya juga tahu, manusia melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang berbeza-beza. Baiklah untuk memberi pemahaman yang jelas, jom kita lihat contoh ahli sukan dan coach nya.

LIhat nama-nama yang saya tuliskan ini : Tiger Woods, David Beckham, Nicol David. Ya mereka merupakan ahli-ahli sukan yang saya kagumi. Saya percaya mereka ini mempunyai jadual latihan yang sangat ketat, ada latihan komprehensif, ada jadual harian yang menetapkan jam berapa mereka perlu bangkit dan tidur setiap hari. Apa yang perlu mereka makan, dan senaman yang perlu mereka lakukan. Untuk apa semua ini? Ya, untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam arena sukan masing-masing. Tapi, anda juga tentu sedar, bahawa mereka tidak melakukan ini berseorangan. Dalam arena sukan, teman adalah pesaing, tetapi COACH adalah pendorong kejayaan. Apa fungsi coach? Coach akan sentiasa membantu ahli sukan ini untuk mematuhi perancangan yang mereka lakukan, supaya ahli sukan kekal fokus kepada sesuatu perkara. Dan akhirnya, BERJAYA!

 Ya MAL. Jadi, apa kaitan dengan kami? Kami bukan ahli sukan?

Ya, tetapi pattern yang sama juga telah anda lalui sejak kecil. Imbas kembali saat anda mula fokus dalam SPM? Anda ada jadual belajar, anda tetapkan masa belajar dan ulangkaji. Anda catit nota-nota ringkas, dan anda sentiasa menyiapkan diri untuk menempuh SPM. Adakah anda melakukannya berseorangan? KAwan-kawan ialah pesaing. Tetapi anda ada coach :) IbuBapa anda! Mereka sentiasa meningatkan anda akan apa yang perlu. Supaya anda tidak terleka dari apa yang anda aim-kan. Benar bukan?

Cuba anda aplikasikan analogi yang sama dalam kehidupan anda hari ini. Apa yang anda ingin capai? Apa yang perlu anda buat? Dan siapa coach anda yang akan sentiasa memastikan anda berada di trek yang betul? Fikirkan mulai sekarang, siapakah coach anda, dan sentiasa semak rekod pencapaian anda bersama coach anda!