Mon 3 Sep 2007
Mindset, Matlamat, Mana Tindakan? by Shueqry
Posted by Shueqry under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar Anda? Shueqry di sini.
Dalam tips kejayaan kali ini saya berkata tentang langkah-langkah yang perlu di ambil ke arah kejayaan. Di blog Motivasi Kejayaan, saya akan berkata mengenai Psikologi Kejayaan.
Terima kasih pada Norakmal Jasni aka Dik Mal kerana memberi peluang pada saya untuk menjadi penulis bersama di blog Motivasi Kejayaan. Thanks !
Ok, mari kita berbincang topik hari ini. Memang benar, kejayaan adalah milik mereka yang berusaha. Tapi dalam ramai-ramai orang yang berusaha, ada yang terkandas dan ada yang give up, merasakan kejayaan semakin jauh di seberang sana.
Menaikkan bendera putih tanda kekalahan dirasakan satu pilihan yang lebih bijak berbanding terus ’struggle’ dengan kerja keras berterusan ke arah merealisasikan matlamat. Jalan kejayaan diperingkat permulaan memang lancar, tapi bila dipertengahan, ia ditaburi onak dan duri.
Ada pula sesetengah orang, dah merancang dan dah menetapkan mindset kejayaan. Bahkan, setiap hari dia melihat matlamat yang ditulisnya dan tekad akan menempuh apa jua yang melanda. Namun, bila mahu melangkah, dia berkira dan asyik bertangguh.
Inilah yang dinamakan “light, camera, where is the action?”. Maksudnya, kita takde tindakan untuk melaksanakan peracangan yang telah dibuat sebelum ini.
Kita dah memasang angan-angan mahu berjaya bahkan memvisualkan diri seolah-olah dah berjaya disamping bukti pencapaian kita seperti rumah besar, kereta besar dan pencapaian-pencapaian lain. Namun, ia hanya akan menjadi sekadar visualisasi kosong jika Anda tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bekerja mencapai matlamat Anda.
Inilah masalah kebanyakan orang. Mereka tidak bertindak! Jika sikap ini ada pada Anda, ubah segera dengan bertanya pada diri apa yang boleh Anda lakukan sekarang untuk merealisasikan matlamat Anda. Kalau tidak bermula ketika ini, bila lagi?
Tiada siapa yang akan push diri Anda kalau bukan Anda yang ‘push’ diri sendiri. Pencetus motivasi kejayaan yang paling baik adalah orang yang tersayang.
Jadi, berusahalah menggapai kejayaan demi orang yang Anda sayangi. Mungkin si dia, mungkin juga demi orang tua Anda atau mungkin untuk adik-beradik Anda. Lakukannya untuk mereka!
Kejayaan milik mereka yang berusaha dengan penuh konsisten, kesabaran dan kerajinan!
Jumpa di artikel akan datang.
p.s : Shueqry Abdullah merupakan seorang penulis motivasi dan menulis mengenai pembangunan mind, motivasi dan lain-lain berkaitan dengan aktif di blog beliau di http://shueqry.blogspot.com. Dengan jumlah pembaca tetap seramai 300 orang dalam tempoh 6 bulan, Shueqry sememangnya adalah penulis motivasi kegemaran ramai
Jangan lupa subscribe ke blog ini untuk mengikuti perkembangan artikel daripada beliau. Klik sini untuk subscribe ke blog ini, dan kami akan mengirimkan anda artikel terkini terus ke email anda
Salam Kejayaan Untuk Anda Semua
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

September 5th, 2007 at 1:18 am
eh, takde orang komen?
hehe
- Shueqry -
September 5th, 2007 at 2:28 pm
Mereka sibuk kot..
yang penting, tugas kita dah dilaksanakan abg shueq 
September 7th, 2007 at 12:01 pm
Ade, siapa kate takde.
Saya mengabil masa 8 bulan untuk belajar push diri sendiri untuk mengambil tindakan.