Archive for August, 2007

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Saya pasti, anda ke mari setiap hari adalah untuk mendapatkan bahan bacaan terbaru, untuk menyemarakkan semangat anda, menambahkan motivasi diri anda. Dan tiada salahnya dengan perlakuan ini. Semoga hari-hari anda semakin ceria bersama kami di Motivasi Kejayaan (MK)

Sehubungan dengan itu, kami ingin memperbaiki tahap perkhidmatan kami kepada anda :) Setiap bulan, kami akan bawakan anda review buku-buku terpilih, yang MK cadangkan, sekiranya anda mahu mendapatkan bahan bacaan dalam bentuk buku fizikal. Baiklah, tanpa membuang masa, inilah buku untuk bulan ini (more…)

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Beberapa hari yang lalu, saya telah berkesempatan membaca artikel ini. Ia ditulis oleh By Anthony Norvell
Author of The Million Dollar Secret That Lies Hidden Within Your Mind. Saya tak mahu anda ketinggalan, jadi saya pastekan artikel ini di sini untuk bacaan umum.

7 Steps to Unleash Dynamic Energy (more…)

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Kita semua memerlukan matlamat hidup. Benar? Setuju?

Seringkali saya menulis analogi seperti ini. : Anda Bangun pada pagi hari, anda bersiap-siap mahu keluar. Anda pakai baju yangbaru anda beli semalam. Anda kelihatan hebat! Anda capi kunci kereta anda, hdupkan enjin kereta anda, dan kemudian di saat nak tukar gear, anda terdiam. Tak tahu nak pergi mana? Bagaimana?

Baiklah, lagi contoh realiti. Katakan ketika anda terdiam tadi, anda dapat idea, nak pergi shoping mall. Anda pun memandu ke shopping mall berhampiran anda. Anda ke san seorangan. Tak tahu apa nak dibuat. Tak mahu tonton wayang, tak mahu shopping baju baru, nak makan tapi tak tahu nak makan apa, dan paling teruk anda tak tahu nak buat apa langsung! Buntu. Anda merayau-rayau di sekeliling mall itu berseorangan, rasa bosannya hari ini. Tak tahu nak buat apa?

Pernahkah anda berada di dalam situasi yang hampir sama seperti ini? Ada banyak lagi situasi lain. Ini cuma sekelumit kecil rentetan perjalanan hidup kita semua. Semua yang dituliskan ini, membawa kepada satu maksud : hidup takkan ceria dan akan membosankan apabila anda tak tahu apa nak buat! Ringkaskan lagi : hidup tak bererti jika tiada matlamat! :)

Ya, hari ini saya akan bercakap mengenai matlamat hidup. Satu keperluan atau Hanya Ucapan? (more…)

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Semalam, kita telah berbincang mengenai kekayaan. Apa maksud kekayaan sebenarnya bagi anda. Sedar atau tidak, sebenarnya anda memang kaya. Anda ada keluarga, anda ada kesihatan yang baik, malahan anda ada rumah tempat anda berteduh. :) Bersyukurlah atas nikmat yang sedia ada.

Baiklah, hari ini, kami ingin menulis berkenaan dengan kekayaan yang ramai orang idam-idamkan. Kekayaan WANG. Gusarkah anda bila memikirkan, KENAPA AKU TAK KAYA? Apa yang menghalang anda daripada menjadi kaya sebenarnya? Ada idea? Cuba tuliskan sebab musabab yang buat anda rasa, itulah sebabnya anda tidak KAYA dari segi KEWANGAN! Tuliskan seberapa banyak yang boleh. Ingat, jadi jujur pada diri sendiri. Senarai ini hanya untuk di lihat oleh anda seorang, jadi jangan malu-malu menyatakan kebenarannya ya :)

Kebanyakan orang yang menulis mengenai sebab mereka tidak kaya, pasti akan berkisar dengan sebab-sebab berikut :

‘Saya tidak mempunyai wang untuk mendapatkan wang yang lebih banyak’
‘Saya memang tidak ada wang’
‘Keluarga saya keluarga susah’
‘Kebanyakan duit gaji saya digunakan untuk support keluarga, bayar hutang, macam mana nak jadi kaya??’
‘Saya tak ada peluang nak jadi kaya’
‘Saya selalu bernasib malang, mana mungkin kekayaan akan datang?’
‘Saya tak pandai’

Kebanyakan orang, telah mendidik minda mereka dengan fahaman seperti itu sejak dahulu lagi. Benar? (more…)

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Adakah anda kaya ? Apa maksud kekayaan bagi anda. Di sini saya tak maksudkan kaya yang sapu pada roti tu ya :D Saya maksudkan kekayaan. Ada banyak pandangan tentang kekayaan/kaya. Jom kita baca :

1. Kaya - Kaya adalah satu keadaan banyak duit. Anda kaya apabila anda ada banyak duit. Banyak mana? Banyak yang tak terkira.

2. Kaya - ………….. (uik?)

Itulah mitos tentang kaya dan kekayaan bagi ramai orang. Kebanyakan orang sering melakukan afirmasi mahukan kekayaan. Di mana diri sendiri kaya. Tapi masih pelik kenapa tak kaya? Teliti kembali. Kekayaan bagaimana yang anda mahukan?

Kaya tak anda jika anda banyak ilmu? Ya anda kaya! Kerana anda banyak ilmu untuk di kongsikan. Ada orang yang tidak memiliki level pengetahuan sebaik anda, mungkin di tertentu. Kaya tak anda jika anda ada sebuah keluarga yang bahagia? Ya anda kaya! Kerana tak semua orang ada keluarga yang bahagia. Kaya tak anda jika anda wang yang mencukupi untuk menyara keluarga anda dan dapat memenuhi keperluan kekeluargaan anda? Ya kaya! Anda tak merempat untuk itu, anda ada segalanya.

Jadi kenapa anda mahukan kekayaan wang? Saya tidak katakan wang itu tidak bagus! Wang itu bagus, cuma yang ingin diketengahkan, mungkin KAYA yang anda sering visualisasikan sebenarnya adalah kekayaan yang lain. :) Apa yang kita fikir, kadangkala bukan apa yang kita benar-benar mahukan. Bukan yang naluri mahukan. Apabila anda meletakkan passion dalam fikiran anda, anda akan dapat FEEL untuk mendapakannya.

Berbeza apabila anda kata anda nak kaya, tapi sebenarnya kaya duit bukanlah perkara yang benar2 anda inginkan. Sebenarnya, anda masih boleh memiliki kekayaan duit. Tapi dengan cara yang lebih betul. Anda perlu adjust sedikit demi sedikit afirmasi yang anda sering lakukan. :) Anda layak untuk mendapatkan semua kekayaan : duit, ilmu, keluarga, kesihatan dan lain-lain.

Untuk melayakan juga anda terima itu semua, sentiasalah bersyukur akan apa yang anda sudah ada! :) anda mungkin ada keluarga yang bahagia, anak yang comel, makan yang cukup. Bersyukurlah. Kerana di luar sana, lebih ramai orang yang tidak dapat semua itu. Dan anda sebenarnya amat bernasib baik ! :)

Bersyukurlah, dan pintalah padaNya.. Pintalah sesuatu yang benar2 anda inginkan.. :) Jangan ikut2 orang!

Salam Kejayaan Untuk Anda.