Fri 31 Aug 2007
Lihat Bagaimana Minda Anda Bekerja | Kempen Katakan Nak Kepada Diri Sendiri
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Semalam saya mempunyai lebihan masa, jadi saya melakukan ‘tour’ ke blog-blog yang saya minati penulisannya. Antaranya adalah blog Shueqry Berkata. Dan mata saya tertancap pada artikel ini : Nak Yang Baik atau yang Buruk. Dah macam tajuk buku Dr Hm Tuah pula : Nak ke Tak Nak?
Shueqry menulis artikel mengenai sesuatu yang anda tak ingini terjadi tetapi telah terjadi pada diri anda. Dan ia tidak berlaku sekali dua. Tetapi berkali-kali. Mengapa ini terjadi?
Sebelum saya bercerita lebih lanjut, izinkan saya mengupas satu fenomena yang membarahi sebahagian besar masyarakat dunia ini. Sejak kecil, anda selalu dimomokkan dengan ayat-ayat mudah yang sebenarnya meninggalkan parut dalam fikiran anda. Ayat-ayat ini saya rangkumkan menjadi suatu dialog :
‘Aku tak nak la si Leman tu. Bukan taste aku. Tengok dia tu, huhu hilang mood aku. Skem semacam je. Dengan rambut macam tu. Aku tak minat yang macam dia tu. Si Leman tu pun tak paham-paham yang aku ni tak suka kat dia! Tolonglah. Dah masuk 10 kali aku cakap AKU TAK SUKA LELAKI MACAM DIA’ kata Siti.
‘Eh Siti, kalau ye pon kau tak suka, yang kau kutuk dia macam tu sekali kenapa?’ jawab Mila
‘Yer la, dah kau tu suka nak kenen-kenenkan aku dengan dia. Aku tak suka Leman la’ jawab Siti
Datang mak kepada Siti menyampuk,
‘Cakap la tak suka, esok lusa melekat hati kau kat si Leman tu baru kau tau!’‘Takde mananya mak. Bukan taste Siti.. Siti Tak minat Si Leman tu’.
Pernah anda berdepan situasi semacam ini? Tak kira benar-benar terjadi dalam diri anda, mahupun pada orang lain. Mungkin anda pernah tonton adegan macam ini dalam televisyen mahupun dalam buku cerita cinta.
Jadi ingin saya katakan, bagaimana akhiran kisah seperti ini kebiasaannya. Yang selalu kita perhatikan, akhirnya Siti jatuh hati pada Leman, dan mereka berkahwin. Benar? Inilah fenomena yang cuba ingin saya ketengahkan. Sama seperti yang Shueqry pernah tuliskan. Ia berkaitan dengan apa yang anda fokuskan pada minda anda.
Secara betul-betulnya, minda kita tidak reti menganalisa sesuatu perkara itu adalah apa yang kita mahukan atau sesuatu yang kita tak mahu! Tak kira jika anda ucapkan TAK NAK mahupun NAK. Minda anda akan menganalisa perkara ini dan mejadikannya REALITI. Jadi umpamanya, minda anda akan menjadikan focus anda realiti. Apa yang anda fokuskan, itu yang akan ditangkap minda dan dicerna menjadi realiti.
Bagaimana proses menjadi realiti itu terjadi? Saya ceritakan di artikel yang lain. Kerana di artikel ini saya mahukan anda memahami dengan jelas, apa yang terjadi pada minda anda apabila anda fokus pada sesuatu dengan bersunguh-sungguh. Shueqry juga telah memberikan beberapa contoh mudah dalam kehidupan harian yang menunjukkan bagaimana minda anda memberi reaksi kepada apa yang anda fokuskan :
Aku tak nak rasa malas hari ini
Minda akan mencernakan mesej ini sebagai : Aku malas hari iniAku takut tak cukup duit, aji lambat lagi. Aku tak nak tak cukup duit.
Minda akan mencernakan mesej ini sebagai : Aku tak cukup duitAku tak nak kena writers block
Minda akan mencernakan mesej ini sebagai : Aku nak kena writers block.
Dan pelbagai lagi contoh lain. Sebelum ini kita selalu menerima perkara sebegini sebagai kebetulan. Kak Linn Comel pernah menulis mengenai KEBETULAN. Bagaimanapun, kini anda sepatutnya sudah tahu, perkara seperti ini terjadi kerana ia adalah kerja minda. Anda adalah ibarat enzim yang mengkatifkan tindak balas dalam pemikiran anda. Apa yang anda fokuskan di dalam minda anda, dengan bersungguh-sunguh akan menyebabkan minda anda menangkap kesungguhan anda itu dan menjadikannya realiti.
Sepatutnya anda fokuskan perkara yang anda nak! Jadi minda anda akan mencernakan keadaan realiti seperti yang anda nak! Sentiasa berfikir dahulu sebelum anda berkata-kata. Minda anda bekerja 24 jam sehari tau! Mudah kan?
Banyak lagi perkara yang berlanjutan dari situasi ini boleh dikupaskan termasuklah reaksi anda selepas perkara ini terjadi. InsyaALLAH saya akan menulis mengenainya di artikel yang mendatang. Reaksi yang buruk pada tiap kejadian akan memanjangkan situasi buruk itu. Percayalah.
Sehingga anda membaca artikel ini, anda tidak tahu tentang bagaimana minda anda bekerja untuk anda. Nah sekarang anda mempunyai pandagan asas mengenai mengapa banyak perkara yang anda tak mahu, muncul dalam hidup anda. Dan paling tak best, muncul berulang kali!
Semuanya bermula dengan pemikiran anda. Niatkan perkara yang anda NAK, dan bukan lagi perkara yang anda TAK NAK!
Salam Kejayaan Untuk Anda Semua.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

September 1st, 2007 at 6:31 am
two thumbs up untuk Dikmal, teruskan menulis artikel yang hebat sebegini
September 1st, 2007 at 8:37 am
Terima Kasih atas sokongan Kak Linn
Ia membuatkan saya lebih semangat setiap hari
Ok tak boleh taip banyak2, mao rush ke kuliah. C ya!
September 1st, 2007 at 5:52 pm
Tu lah, Law of Attraction.
Apa jua yang kita ucap serta fikirkan akan menjadi realiti.
Tapi banyak orang yang tak tahu yang kata-kata nafi seperti tak, tidak, bukan dan seumpamanya tidak diambil kira.
Itu merupakan rahsia kegagalan.
September 2nd, 2007 at 2:15 pm
Assalamualaikum ..
bersemangat saya baca artikel kali ini, terus terang saya juga baca artikel tu berkali-kali, untuk peringatan pada diri sendiri.
Insya allah, akan menulis lebih banyak lagi selepas ini ..
Artikel untuk blog motivasi kejayaan akan saya attach ke email DikMal .. sekarang saya ‘up’ lagi target penulisan artikel motivasi dalam sehari.
Raymond, penulisan awak juga amat bagus, saya bersyukur ditemukan dengan awak, ada banyak persamaan
- Shueqry -
December 20th, 2007 at 3:57 pm
GoOds la kak mal!
January 25th, 2008 at 12:04 pm
Salam Dik Mal,
Terima kasih atas penulisan artikel yg sangat baik ini. Saya ingin memberi pandangan tapi terlebeh dulu ingin membaca….. Bagaimana proses menjadi realiti itu terjadi? Saya ceritakan di artikel yang lain. Ini tertulis diatas. Saya cari tapi tak jumpa adakah Dik Mal ada menulisnya. Dan juga ………Banyak lagi perkara yang berlanjutan dari situasi ini boleh dikupaskan termasuklah reaksi anda selepas perkara ini terjadi. InsyaALLAH saya akan menulis mengenainya di artikel yang mendatang. Reaksi yang buruk pada tiap kejadian akan memanjangkan situasi buruk itu. Percayalah. Di manakah saya boleh cari artikel ini.
Saya sudah cari di kategori mana satu ya masih belum dpt jumpa.
Terima kasih sekali lagi tentang penulisan artikel yg baik ini.