Wed 29 Aug 2007
Motivasi Diri : Apa Yang Anda Mahukan?
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Kelmarin, melalui YM, saya berborak dengan seorang teman. Bual bicara cuma bertumpukan perkara mudah dan tidak berat. Beliau tanyakan apa yang saya buatkan sekarang? Maka saya pun jawab : KERJA SENDIRI. Kemudian beliau diam. Dan beliau kata pada saya, ‘apa matlamat hidup kau? aku rasa matlamat hidup ni, susah nak dicapai. Mustahil nak dapat, usahalah sekuat mana pun. Takkan dapat punya.’ Terkedu saya mendengarnya. Saya tidak pula menceritakan matlamat hidup saya, tapi saya cuma balas pernyataan seperti ini : ‘ Apa saja matlamat yang kita nak, kita boleh dapatkan, caranya cuma 3 : usaha, doa dan tawakal.’
Beliau mengiakannya. Tapi kemudian berkata, ‘tapi usaha lah macam mana kuat pun, takkan dapat. Ada sesetengah orang je akan berjaya. Aku lagi tua dari kau, aku tau la!’
Sekali lagi diriku terkedu. Itu tidak benar. Saya tahu dan saya pasti anda semua tahu, kejayaan adalah hak milik setiap insan yang mahukannya. Tidak timbul keadaan, anda mahukan kejayaan tetapi anda takkan dapat kejayaan itu. Pelik!
Kemudian, saya ingin bantu beliau. Tapi tak tahu pula caranya. Maklumlah, pernyataan, beliau lagi tua dari saya, meletakkan saya di tahap berjaga-jaga atas setiap tutur kata yang akan digunakan. Bagaimana patutnya saya bantu beliau? Saya fikir mungkin hujah2 bersesuaian dapat membantu. Saya pun kata pada beliau : ‘ apa pula matlamat hidup kau?’ Jawab beliau : ‘aku pun tak tau. banyak sebenarnya. nak cerita semua karang tak habis.’ Dalam diam, saya tersenyum, rupanya ada satu tabiat membukit dalam diri kawan saya ini. Dipendekkan cerita, saya tetap cuba berhujah dengan beliau, hinggalah beliau minta undur diri kerana ada kerja.
Jadi apa masalah kawan saya ini sebenarnya. Tidak keterlaluan jika saya katakan, bahawa selain kawan saya ini, ramai orang di luar sana juga seperti ini. Malahan saya juga asalanya adalah seperti ini. Ya! Ini kisah betul dalam diri setiap kita. Semua orang mengalaminya satu ketika dulu, dan membawanya bersama-sama sehingga hari ini.
Ruginya adalah, tiada siapa yang menyedarinya betul-betul. Dan hari ini saya mahu berkongsi perihal ini, dan anda memikul tugas untuk menyampaikannya kepada orang lain pula.
Saya pernah bercerita tentang mind set yang betul. Malahan ramai juga yang sudah sedia tahu mengenainya. Bagaimana pula HEART SET? Ungkapan ini saya ciptakan sendiri. Sebagai usaha memberikan pemahaman yang jelas kepada anda. Seringkali kita dengar perlu ada matlamat yang jelas, anda perlu ada matlamat, anda perlu tahu matlamat anda. Anda tetapkan apa yang anda mahukan, dan kemudian anda terus menjalankan kehidupan harian anda. Berusaha bersungguh-sungguh dan kemudian menghabiskan hari anda dengan rasa : SAYA TAKKAN DAPAT APA YANG SAYA MAHUKAN.
Betapa ruginya anda tidak menyedari sesuatu. Tahukah anda mengapa ramai orang bersusah payah sepanjang kehidupan dan masih tidk berjaya? Saya percaya sebabnya adalah ramai orang tidak tahu apa yang benar-benar mereka mahukan> Mereka membina minda set, dan tidak berpandukan HEART SET mereka. Kita kata kita tahu apa yang kita mahukan. Tetapi apabila di tanya, tiada jawapan. TIada jawapan spesifik. Itu maknanya anda tidak ada matlamt yang jelas. Anda tidak tahu apa yang anda mahukan.
Bagaimana pula orang yang mampu memberikan senarai apa yang mereka mahukan? Dan masih tidka berjaya mendapatkannya? Percayalah, mengikut pengalaman diri, dan kajian ke atas orang lain, saya mendapati, kata mereka (matlamat) tidak selari dengan kehendak hati mereka (HEART SET). Sepatutnya anda tanya hati, apa yang benar-benar anda mahukan. Sekecil-kecil matlamat juga adalah sesuatu yang perlu dicapai. Mungkin hati anda berkata, mahukan rumah yang selesa, itu sudah mencukupi. Tapi fikiran anda mencernakannya sebagai rumah banglo!
Jangan pernah tipu hati anda. KEhendak hati anda adalah yang terbaik, yang akan sentiasa menyalakan kehendak anda. Yang akan menjadikan anda gembira dengan setiap apa yang anda lakukan. Bila anda menipu kehendak hati anda, dan mula meletakkan impian-impian yang amat canggih , kehendak hati anda takkan bergerak seiringan dengan kelakuan anda. Maka anda pelik, kenapa anda tak berjaya. Maka anda pun kembali pada jalan mula, dengan matlamat yang sama, mengulangi pattern kegagalan.
Pendek kata : JUJUR bila anda mahu menulis matlamat. JUJUR pada KEHENDAK HATI.
Jujurlah dengan hati anda! Imbas kembali senarai matlamat anda. Adakah ia apa yang benar-benar mahukan? Saya pernah berimpikan rumah mewah dengan kereta mewah. Tapi tak satu pun usaha saya membawa saya kpada apa yang saya mahu. Jadi saya re-construct matlamat saya. Yang saya benar-benar faham sekarang : saya cuma mahukan sebuah rumah yang jauh dari bunyi bising kota, dan ada kedamaian dan kehijauan semulajadi
Nak tau kesannya? Banyak keadaan seumpama itu yang hadir dalam hidup saya. Walaupun bukan rumah saya, ia dah pun buat saya rasa ia ibarat rumah saya. Dan saya sangat gembira. Itu adalah satu pencapaian peribadi saya!
Ia terjadi apabila, saya tidak lagi membelakangkan hati
Salam Kejayaan Untuk Anda Semua.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

August 29th, 2007 at 3:32 pm
saya idamkan nak pakai honda cbr (superbike) suatu hari nanti, so saya g ler beli model mainan (skala) suh semarakkan semangat. Kalo bleh biarlah beli cash, nak-nak hasil ebiz
August 29th, 2007 at 3:34 pm
nak2 hasil ebiz.. bagus2
!
August 29th, 2007 at 7:27 pm
K.Lin setuju dgn apa yang Dikmal tulis, tidak ramai yang bina matlamat mengikut apa yang diinginkan. Tak jujur , jadi matlamat yang dicipta tidak selari dengan kehendak diri.
August 29th, 2007 at 9:14 pm
Assalamualaikum DikMal,
Pandangan yang hebat dan berkeyakinan. Nak tambah sikit boleh? Hanya sekarang pandangan…
Matlamat hidup juga sukar dicapai jika kita tidak fokus. Jadi untuk mencapai matlamat hidup seperti kata adik, kita kena ada matlamat yang jelas, datang dari hati, ada realistik dalam matlamat itu, lepas tu fokus kepada perkara-perkara yang boleh mencapai kejayaan dalam matlamat tu. Doa dan tawakkal juga perlu disertakan bersama-sama dengan nilai-nilai positif dalam pemikiran kita.
August 29th, 2007 at 9:31 pm
Kak Linn, betul tu. Malahan saya juga nampak perkara ini pada pelajar-pelajar saya. Namun tak dinafikan ada yang menghuraikan matlamat, sejujur hati mereka
Zam, ya benar, perlu ada fokus. Banyak lagi faktor lain, antaranya dah Zam nyatakan. Kesemua faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain. Bagi saya, tiada faktor paling dominan, tapi saya percaya konsep diri yang selalu Kak Linn tekankan, adalah antara yang paling penting.
Terima Kasih Semua!
August 30th, 2007 at 12:23 am
Asmkm DikMal, owh, saya terlewat masuk ke sini .. apa khabar?
Tahniah atas perubahan baru pada design layout, pada saya ia melambangkan professionaliti seorang motivator .. nice design!
Keadaan di atas juga berlaku di sekeliling saya, mereka kata usaha kuat cemana pun ,takkan dapat punya. Pada saya jika itu sudah menjadi mindest mereka, maka itulah yang akan jadi.
Tapi, saya buktikan dengan buat apa yang kita minat, tak mustahil metlamat jangka pendek kita boleh dicapai, janji cukup ILMU, SKILL dan contacts utk membantu kita ..
Pada pendapat saya, orang yang berkata sedemikian belum berapa mencuba sehabis daya lagi, kalau dia dah cuba sehabis daya, dia akan faham cemana peritnya dan tahu betapa nikmatnya bila apa yang diidamkan ada didepan mata ..
Matlamat boleh diset utuk jangka masa pendek dan untuk jangka masa panjang.. paling penting, DREAM BIG, spt kata Dr Irfan ..
Owh, artikel yang bagus dari DikMal, saya juga tak terfikir hal ini, walaupun ia berlaku pada saya .. tq !
- shueqry -
August 30th, 2007 at 12:30 am
Salam,
Ya saya tertarik dengan perkataan matlamat jangka pendek.
Saya juga punyai matlamat jangka pendek, ia lebih mudah dicapai, dan menambahkan motivasi ke arah matlamat jangka panjang.
August 30th, 2007 at 12:45 am
Kereta dapat membawa kita ke mana-mana sahaja (matlamat kita) kerana kedua-dua rodanya (kiri dan kanan) sentiasa selari.
Bayangkan jika roda kiri nak belok kiri manakala roda kanan nak belok kanan (tidak selari). Dapatkan ia sampai ke destinasi kita?
Kita ni macam kereta. Minda dan hati pula macam roda kiri dan kanan. Kalau tak selari, rosak. Kalau selari, nak pergi mana-mana (impian) pun boleh.
Istilah Matematik:
Selari = 2 garis lurus yang hanya akan bertemu di infiniti.
August 30th, 2007 at 11:32 am
istilah Matematik? 2 garis lurus yang selari takkan bertemu d mana2 rasanya. cuma, ia mempunyai kecerunan yang sama tiap masa. dan selari hingga ke infiniti.. hehe
betul tu Raymond. Analogi kamu mudah difahami
thanks!