Kelmarin, melalui YM, saya berborak dengan seorang teman. Bual bicara cuma bertumpukan perkara mudah dan tidak berat. Beliau tanyakan apa yang saya buatkan sekarang? Maka saya pun jawab : KERJA SENDIRI. Kemudian beliau diam. Dan beliau kata pada saya, ‘apa matlamat hidup kau? aku rasa matlamat hidup ni, susah nak dicapai. Mustahil nak dapat, usahalah sekuat mana pun. Takkan dapat punya.’ Terkedu saya mendengarnya. Saya tidak pula menceritakan matlamat hidup saya, tapi saya cuma balas pernyataan seperti ini : ‘ Apa saja matlamat yang kita nak, kita boleh dapatkan, caranya cuma 3 : usaha, doa dan tawakal.’

Beliau mengiakannya. Tapi kemudian berkata, ‘tapi usaha lah macam mana kuat pun, takkan dapat. Ada sesetengah orang je akan berjaya. Aku lagi tua dari kau, aku tau la!’

Sekali lagi diriku terkedu. Itu tidak benar. Saya tahu dan saya pasti anda semua tahu, kejayaan adalah hak milik setiap insan yang mahukannya. Tidak timbul keadaan, anda mahukan kejayaan tetapi anda takkan dapat kejayaan itu. Pelik!

Kemudian, saya ingin bantu beliau. Tapi tak tahu pula caranya. Maklumlah, pernyataan, beliau lagi tua dari saya, meletakkan saya di tahap berjaga-jaga atas setiap tutur kata yang akan digunakan. Bagaimana patutnya saya bantu beliau? Saya fikir mungkin hujah2 bersesuaian dapat membantu. Saya pun kata pada beliau : ‘ apa pula matlamat hidup kau?’ Jawab beliau : ‘aku pun tak tau. banyak sebenarnya. nak cerita semua karang tak habis.’ Dalam diam, saya tersenyum, rupanya ada satu tabiat membukit dalam diri kawan saya ini. Dipendekkan cerita, saya tetap cuba berhujah dengan beliau, hinggalah beliau minta undur diri kerana ada kerja.

Jadi apa masalah kawan saya ini sebenarnya. Tidak keterlaluan jika saya katakan, bahawa selain kawan saya ini, ramai orang di luar sana juga seperti ini. Malahan saya juga asalanya adalah seperti ini. Ya! Ini kisah betul dalam diri setiap kita. Semua orang mengalaminya satu ketika dulu, dan membawanya bersama-sama sehingga hari ini.

Ruginya adalah, tiada siapa yang menyedarinya betul-betul. Dan hari ini saya mahu berkongsi perihal ini, dan anda memikul tugas untuk menyampaikannya kepada orang lain pula. :)

Saya pernah bercerita tentang mind set yang betul. Malahan ramai juga yang sudah sedia tahu mengenainya. Bagaimana pula HEART SET? Ungkapan ini saya ciptakan sendiri. Sebagai usaha memberikan pemahaman yang jelas kepada anda. Seringkali kita dengar perlu ada matlamat yang jelas, anda perlu ada matlamat, anda perlu tahu matlamat anda. Anda tetapkan apa yang anda mahukan, dan kemudian anda terus menjalankan kehidupan harian anda. Berusaha bersungguh-sungguh dan kemudian menghabiskan hari anda dengan rasa : SAYA TAKKAN DAPAT APA YANG SAYA MAHUKAN.

Betapa ruginya anda tidak menyedari sesuatu. Tahukah anda mengapa ramai orang bersusah payah sepanjang kehidupan dan masih tidk berjaya? Saya percaya sebabnya adalah ramai orang tidak tahu apa yang benar-benar mereka mahukan> Mereka membina minda set, dan tidak berpandukan HEART SET mereka. Kita kata kita tahu apa yang kita mahukan. Tetapi apabila di tanya, tiada jawapan. TIada jawapan spesifik. Itu maknanya anda tidak ada matlamt yang jelas. Anda tidak tahu apa yang anda mahukan.

Bagaimana pula orang yang mampu memberikan senarai apa yang mereka mahukan? Dan masih tidka berjaya mendapatkannya? Percayalah, mengikut pengalaman diri, dan kajian ke atas orang lain, saya mendapati, kata mereka (matlamat) tidak selari dengan kehendak hati mereka (HEART SET). Sepatutnya anda tanya hati, apa yang benar-benar anda mahukan. Sekecil-kecil matlamat juga adalah sesuatu yang perlu dicapai. Mungkin hati anda berkata, mahukan rumah yang selesa, itu sudah mencukupi. Tapi fikiran anda mencernakannya sebagai rumah banglo!

Jangan pernah tipu hati anda. KEhendak hati anda adalah yang terbaik, yang akan sentiasa menyalakan kehendak anda. Yang akan menjadikan anda gembira dengan setiap apa yang anda lakukan. Bila anda menipu kehendak hati anda, dan mula meletakkan impian-impian yang amat canggih , kehendak hati anda takkan bergerak seiringan dengan kelakuan anda. Maka anda pelik, kenapa anda tak berjaya. Maka anda pun kembali pada jalan mula, dengan matlamat yang sama, mengulangi pattern kegagalan.

Pendek kata : JUJUR bila anda mahu menulis matlamat. JUJUR pada KEHENDAK HATI.

Jujurlah dengan hati anda! Imbas kembali senarai matlamat anda. Adakah ia apa yang benar-benar mahukan? Saya pernah berimpikan rumah mewah dengan kereta mewah. Tapi tak satu pun usaha saya membawa saya kpada apa yang saya mahu. Jadi saya re-construct matlamat saya. Yang saya benar-benar faham sekarang : saya cuma mahukan sebuah rumah yang jauh dari bunyi bising kota, dan ada kedamaian dan kehijauan semulajadi :D Nak tau kesannya? Banyak keadaan seumpama itu yang hadir dalam hidup saya. Walaupun bukan rumah saya, ia dah pun buat saya rasa ia ibarat rumah saya. Dan saya sangat gembira. Itu adalah satu pencapaian peribadi saya! :) Ia terjadi apabila, saya tidak lagi membelakangkan hati :)

Salam Kejayaan Untuk Anda Semua.