Tue 21 Aug 2007
Kisah Kejayaan Minggu Ini
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Ramai orang, suka membaca kisah kejayaan orang lain. Bagi mereka, kisah kejayaan ini menyuntik semangat mereka untuk berusaha lebih bijak dalam mencpai kejayaan. Tidak kisah apa juga kejayaan yang di idamkan, yang pasti kisah kejayaan orang lain, pasti menyemarakkan semangat.
Maka kali ini, saya ingin berkongsikan tentang kisah seseorang yang mungkin anda sudah kenal, atau pun tidak kenal. Beliau bernama Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew 1915-1995. Kenalkah anda padanya? Beliau merupakan pengasas Honda dan dikenali sebagai Mr Honda
Petikan ini saya perolehi dari iKon Online dan Wikipedia, khusus untuk bacaan semua :
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew 1915-1995 (bahasa Cina: Tulisan Cina Tradisional ???/Tulisan Cina Ringkas ???) juga dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda.
Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi (sebagai bahan bakar) untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang dalam sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien dan hampir tiada pendidikan rasmi. Dia bekerja sebagai pelatih mekhanik kereta (3 ringgit sebulan) ketika baru tiba. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.
Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia II. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai, pengangkutan dan juga (sekali lagi) bas.
Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan harta tanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.
Pada tahun 1958, ketika bercuti di metropolitan Jepun, Loh perasan popular meluas motosikal Honda Super Cub. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah, amat berkesan akan mendapat pasaran yang meluas dalam kawasan yang semakin maju di Malaysia. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta motosikal itu, yang dengan cepat menyedari potensi besar bagi kejayaan subsidiari Honda di Malaysia.
Tidak menghairankan, bilik pameran Honda Malaysia terletak di Jalan Pitt, Pulau Pinang, berhampiran dengan rumah Boon Siew. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew pengedar tunggal motorsikal Honda dinegara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia dalam sejarah.
Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motorsikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motorsikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motorsikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bererti motorsikal kecil di Malaysia.
Dia turut memainkan peranan dalam gabungan singkat antara Kwong Wah Yit Poh dan The Star (Malaysia) pada 1974, dan antara jasa baiknya merupakan penubuhan Hospital Lam Wah Ee dan Rumah Orang Tua Pulau Pinang - (Penang Old Folks Home).
Boon Siew, yang mempunyai dua isteri, Oh Guat Sim dan Ong Lay Wah, meninggal ketika tidur ketika berusia 79 pada 16 Februari 1995. Dia meninggalkan lima anak dan 18 cucu.
Lagi kisah mengenai beliau, boleh dibaca di sini : IKon Online
Bagaimana? Berjaya menyemarakkan semangat anda? Ini cuma cebisan kecil kisah beliau. Tidak saya ungkapkan kesemuanya. Ada tujuannya saya menulis kisah kejayaan hari ini. Esok, jangan lupa ke mari, dan bersedialah untuk menyedari sesuatu yang amat penting
Sehingga itu, contohilah semangat beliau, yang tidak berputus asa walaupun di hambat juataan cabaran. Kuatkan semangat! Dan kejayaan itu milik anda!
Salam Kejayaan Untuk Anda Semua
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

August 21st, 2007 at 12:46 pm
Sebagai anak Pulau Pinang, saya amat berbangga dengan kejayaan beliau.
Cerita tentang kejayaan beluai amat kerap saya dengar masa kecil dulu. Biasanya kisah kejayaannya diceritakan oleh bapa saya, saudara mara, buku Dare to Fail dan sumber-sumber lain.
Ia cukup memberangsangkan.
August 21st, 2007 at 12:51 pm
Raymond,
Tentu saja satu hari nanti ada orang lain akan menceritakan tentang awak pula !
syabas, saya suka lihat aura yang benar2 positif dari awak
p.s : dah lama tak jalan2 Pulau Pinang. Hujung tahun ni saya ke sana la
August 21st, 2007 at 6:14 pm
Eh, betulkah? Siapa pula yang akan menceritakan pasal saya? DikMal ke?
Aura saya? Dik Mal nampakkah?
Mana? Mengkin saya sudah terperangkap dalam dunia visualisasi sehingga tak dapat melihat aura sendiri.
August 21st, 2007 at 6:25 pm
Raymond,
Kalau tak salah saya kami cikgu? Kalau slah tolong betulkna. I read about how you teach bout LOA to your student.
Well, tentunya saya akan ceritakan mengenai teknik kamu meyakinkan pelajar tentang LOA pada guru2 lain, bila saya jadi cikgu juga nanti
August 22nd, 2007 at 7:42 pm
Yup talk about success people memberikan positif energy and buat kita lebih semangat to achieve our dream come true.Kalo belajar Law Of Attraction semua bermula dari pikiran, imagination and control our emotion especially Feeling. Dikmal, patut lah kita belajar dari awak boleh tak?
Cheers
Franxbudi
http://secretpfmind.blogspot.com
December 31st, 2008 at 10:01 pm
saya amat bangga dgn beliau . walaupun beliau sudah tiada