Fri 17 Aug 2007
Matlamat Dalam Hidup | Satu Keperluan atau Hanya Ucapan
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Kita semua memerlukan matlamat hidup. Benar? Setuju?
Seringkali saya menulis analogi seperti ini. : Anda Bangun pada pagi hari, anda bersiap-siap mahu keluar. Anda pakai baju yangbaru anda beli semalam. Anda kelihatan hebat! Anda capi kunci kereta anda, hdupkan enjin kereta anda, dan kemudian di saat nak tukar gear, anda terdiam. Tak tahu nak pergi mana? Bagaimana?
Baiklah, lagi contoh realiti. Katakan ketika anda terdiam tadi, anda dapat idea, nak pergi shoping mall. Anda pun memandu ke shopping mall berhampiran anda. Anda ke san seorangan. Tak tahu apa nak dibuat. Tak mahu tonton wayang, tak mahu shopping baju baru, nak makan tapi tak tahu nak makan apa, dan paling teruk anda tak tahu nak buat apa langsung! Buntu. Anda merayau-rayau di sekeliling mall itu berseorangan, rasa bosannya hari ini. Tak tahu nak buat apa?
Pernahkah anda berada di dalam situasi yang hampir sama seperti ini? Ada banyak lagi situasi lain. Ini cuma sekelumit kecil rentetan perjalanan hidup kita semua. Semua yang dituliskan ini, membawa kepada satu maksud : hidup takkan ceria dan akan membosankan apabila anda tak tahu apa nak buat! Ringkaskan lagi : hidup tak bererti jika tiada matlamat!
Ya, hari ini saya akan bercakap mengenai matlamat hidup. Satu keperluan atau Hanya Ucapan? Kita sering dengar perihal orang yang tahu, hidup ini perlukan matlamat. Soalannya, adakah ia hanya satu ucapan? Saya pernah berpeluang mendengar luahan hati seorang pelajar ini. Ia terjadi pada ketika saya berkhidmat sebagai guru, tahun lepas. Saya tak tanya apa-apa, tapi beliau meluahkan, ’saya tahu Cikgu, kalau saya tak belajar sungguh2, saya akan susah di kemudian hari. Saya tahu hidup saya perlu ada matlamat.’
Nah, dia tahu! Anda juga tahu perkara itu. Kemudian baru saya tanya, ‘apa matlamat hidup kamu?’ Jawabnya : ‘Tak tahu’ .Mungkin anda beranggapan ini cuma luahan hati seorang remaja berusia 14 tahun, tapi jangan terkejut, orang dewasa juga punyai permasalahan seperti ini. Mereka tahu, tapi ia hanya ucapan sahaja. Bila kita tanya, apa matlamat anda? Mereka terdiam. Strategi, teknik, atau apa sekali pun, tidak membawa erti jika anda sendiri tak tahu apa matlamat anda. Ada orang beranggapan matlamat hidup adalah seperti, nak jadi jutawan. Ia mungkin tepat pada sesetengah orang, tapi matlamat yang sebenar-benarnya? Jika anda memikirkan matlamat secara umum, nak jadi jutawan adalah matlamat secara umum. Dan anda juga perlu ada matlamat khusus.
Cuba anda jawab persoalan di bawah ini. Jika anda mampu menjawabnya, tahniah, anda tergolong di antara mereka yang mempunyai matlamat hidup :
- Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
- Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
- Kenapa aku mahukannya?
- Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Jawab seikhlas yang boleh. Jawapan anda akan memudahkan anda mengetahui ap yang anda mahukan dalam hidup ini, dan persoalan bagaimana merealisasikannya akan menyusul dengan mudah.
Setiap orang mempunyai matlamat dalam hidup. Dan setiap orang perlu sedar apakah matlamat hidup mereka. Berita baiknya, kebanyakan orang yang berjaya, yang menjadi idola anda, menyedari perkara ini. Ada yang menyedarinya secara langsung, atau mulai mengesan perkara ini secara tidak langsung. Anda di mana?
Renung-renungkan. Salam Kejayaan Untuk Anda Semua!
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

August 18th, 2007 at 7:03 pm
Kata tenatang matlamat. Cukup banyak matlamat saya sampai tak habis-habis nak bercerita. Banyak perkara yang ingin ku pelajari tapi belum berpeluang.
Contohnya: Bersantai di pantai kat Hawaii sepanjang petang dan kadang-kadang surfing kat laut yang bergelora dengan ombak-ombak yang tinggi dengan surfingboard saya bersama-sama dengan beberapa remaja kat situ.
Belajar Skydiving, parachute, skuba diving, bungee jumping, snorkelling, piano, drum, guitar, car racing, tai chi, yoga, nyanyi, meditasi kat kawasan pergunungan di India dan Nepal, parti kat rumah … banyak lagi.
Tamaknya! Amat seronok setiap kali aku membayangkannya. Puas sungguh hatiku. Mmmm…..
August 20th, 2007 at 1:44 am
apa saja matlamat, paling penting tuliskan ia,
lihat setap hari dan berusaha serajin mungkin untuk mencapainya.
Tanpa matlamat, kita takkan maju dan takkan
berkembang ke next level.
good post!
- Shueqry -
August 21st, 2007 at 5:31 pm
Salam kasih sayang,
Bagi kita umat Islam sudah jelas apakah matlamat hidup yg sepatutnya. Cuma cara dan perlaksanaan berbeza-beza umpama ‘rambut sama hitam hati lain2′.
Walau apa pun matlamat ‘di dunia’ ‘baik atau buruk’, ‘halal atau haram’ semuanya mampu dicapai jika ‘kena caranya’. Tapi alangkah baiknya jika kita ‘tahu(kenal) diri dan penciptanya’ maka kita akan lbh yakin segalanya ‘mudah’, ‘indah’, ‘nikmat’ dan ‘mengasyikkan’. Rasa tenang dan tiada yg sia-sia.
Semoga diberkati,. Amin