Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Sudahkah anda menetapkan matlamat anda? Aim anda? Sudah?

Bagus.. :) Idea untuk menulis mengenai perkara ini terlintas secara tak sengaja ketika saya berborak dengan Sis LInn COmel di YM hari ini :) Ya anda boleh add saya di YM : zrycone. Tapi jangan add jika anda peminat skim 5D ya!
Baiklah, boleh saya tanya apa impian anda? Matlamat anda? Mungkin ada antaranya berbunyi :

Saya nak jadi jutawan dalam masa 3 tahun
Saya nak beli rumah menjelang hujung tahun ni..dan lain-lain..

YA anda adalah tergolong antara orang2 yagn memutuska mahu berjaya. Itu bagus! :)

Tapi, apa yang ingin saya sampaikan hari ini adalah keperluan anda berimpikan sesuatu yang realiti. Ukur baju di badan sendiri :)

Mampukah anda mendapatkan pendapatan sebanyak 27k sebulan untuk memastikan anda bergelar jutawan dalam masa tiga tahun???

Mampukah anda mengumpulkan modal untuk beli rumah pada hujung tahun ni, kalau hutang kad kredit anda berlambak2 :)

‘Mal, saya mampu dapatkannya jika saya betul2 mahu!’

Ya. memang benar! Tapi jika anda belum master mengawal minda, lebih baik anda bermula dengan impian2 kecil, dan kemudian sedikit2 mengimpikan sesuatu yang lebih besar. Ini penting! Kenapa? Teruskan membaca..

Pesanan ringkas yang ingin saya nyatakan disini. Anda perlu mempunyai impian, dan impian anda perlu realistik. Perlu think big, but then perlu jua be realistic. Dream yang terlalu canggih dan besar, takkan membantu anda ke depan, malahan akan mengurangkan motivasi anda dan memacu anda ke belakang :) Pernah anda terfikir, akibat think big tak kena pada tempatnya, anda hilang arah, buntu dan kemudian malas meneruskan kehendak anda. Kerana anda putus asa?? Bagaimana?

Jadi hari ini, cuba senaraikan impian anda :D Kaji rasional dan realistiknya?

p.s : Saya memasang impian juga. Dan kadang kala saya kaji kembali akan rasionalnya. ALhamdulillah masih dalam trek :D