Thu 12 Jul 2007
Bila Orang Say NO Kepada Anda
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Menjadi seorang usahawan memerlukan anda berusaha lebih dari orang yang kerja makan gaji. Memerlukan anda melakukan tugas kerani, pemasaran, audit, penyeliaan dan lain-lain seorang diri pada mulanya. Menjadi seorang usahawan, menyaksikan anda akan menempuh lebih dugaan dari orang biasa. Anda akan menempuh lebih banyak masalah berbanding mereka yang lain.
Dan antara permasalahan yang paling besar pada awal penglibatan anda ialah apabila anda mendapat ceramah NO secara percuma
Ceramah NO
‘Cubalah kau cari kerja lain. Kau ingat jadi usahawan tu senang?’
‘Sedarlah diri kau tu sikit. Orang kaya, yang mak bapak dia memang orang niaga pun belum tentu leh berjaya’
‘Kau ni berangan lebih. Berangan nak jadi kaya je…berangan la kau sampai sudah’
‘Toksah la berangan. Dalam keluarga kita tak ada sape pon yang pernah berniaga. Kau nak niaga?’
Dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri pun pernah hadapi. Jadi apa nak buat? Sebelum tu, jom kita lihat kenapa ini terjadi.
Sebab Musabab AL Kisahnya
Dari sudut minda - Anda sendiri pernah menanamkan kenyataan-kenyataan negatif seperti semua orang akan menentang keputusan anda. Kalau mengikut LOA, ia akan menyebabkan ia lebih cepat terjadi!
Dari sudut kehidupan - Kemungkinan keluarga anda amat risaukan anda. Ya, mereka mahukan anda bekerja dan mendapat pendapatan tetap setiap bulan. Sedangkan anda? Mahukan cabaran yang lebih susah setiap masa. Usahawan kan
Dari sudut mentaliti - Masyarakat cenderung membangkang, daripada menggalakkan.
Mungkin kerana pengalaman silam. Dan juga menaliti berfikir yang masih lagi di saluti rasa makan suap tiap hujung bulan. Ketahuilah, rezeki ada di mana2, tak semestinya hanya dengan makan suap
JOm BrainStorm penyelesaiannya
Cuba anda latih diri anda untuk menghadapi situasi ini. Jangan tak percaya, orang-orang yang terdekat dengan anda adalah yang paling kuat akan bagi ceramah NO pada anda.
Kalau boleh, cakaplah elok2 pada mereka supaya hormati keputusan anda. Anda cuma ada peluang hidup sekali atas bumi ni, biarlah anda memilih jalan hidup sendiri, dan berilah sokongan. ‘ Mal, mereka akan kata : Kitorang makan garam dulu daripada kau. Kitorang tau la apa yang terbaik.’ Jangan pula anda balas, Bill Gates tu dulu macam mana, Lim Goh Tong tu dulu macam mana, Syed Bukhary tu dulu macam mana. Nescaya mereka tak tahu. Unjurkan perkara yang mereka tahu.
Kedua, cuba jauhkan diri daripada orang2 yang anda tahu, akan sentiasa membangkang anda. Ini memberikan impak negatif dalam diri anda. Menurunkan motivasi anda. Mungkin antara di sekeliling anda berkata macam ni : ‘Kau sibuk usahawan. Tengok aku? Kerja gaji dah 1500 sebulan dah. Kau??’. Maka jangan jawab bahawa gaji anda unlimited, semua orang tahu tu, tapi tak paham. Jadi katakan sesuatu yang orang paham. Katakan padanya : ‘Alhamdulillah, moga2 lagi dua tahun dapat naik jawatan pengurus.’ Mesti dia senyum2 , tanpa sedar anda menyuntik jarum yang tajam
Sebab anda sebagai usahawan, dah jadi bos pon!
Ketiga, … saya masih belum dapat fikirkan. Anda ada cadangan? Mari bersama2 brainstorm kerana saya yakin, ini masalah utama sebahagian besar daripada kita. Malah termasuklah saya
p.s : Anda rasa mampu tak saya kerja dari waktu pagi dan balik lewat petang, malam update blog2, adsense2 ku, update webb2 jualanku ( bakal release ), forum2ku…Dan hujung minggu menghabiskan masa di kuliah2ku. Sabtu malam menyiapkan assigmentku. Patutkah saya menerima cabaran ini? Apa kata surveyyyyyyyyyy
Sampai jumpa lagi!
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

July 12th, 2007 at 4:54 pm
ya! memang patut…susah dahulu..senang kemudian…
July 13th, 2007 at 5:20 am
Asmkm DikMal.
apa khabar? Shueqry here..
Saya sungguh tak sangka, DikMal menulis sebuah artikel yang sangat bagus! :-)Bersemangat saya membacanya..
Bagi diri saya, saya dah terapkan dalam minda, walau apa jua keadaan yang menimpa saya dah bersedia menghadapinya dan saya sediakan Plan B, mana tahu di satu hari nanti untung yang masyuk agak slow jadinya.
Saya memilih bekerja sendiri kerana menemui keseronokan, bukan sebab saya nak mencari cabaran, itu menyusahkan diri sendiri namanya,hehe..
salah satu kelebihan yang ada, boleh bercuti bila-bila masa dan boleh buat apa yang kita suka time kerja, nyanyi ke, makan ke, chat ke. Takde sesiapa yang nak halang. Inilah yang selalu saya katakan pada diri sendiri, just focus on the ‘bright side’..
Saya selalu dipaksa supaya mencari kerja tapi saya katakan kalau saya bekerja makan gaji lagi, saya takkan ada masa untuk selalu bercuti di kampung dan family yang datang ke KK juga saya tak terlayan sebab saya tengah kerja.. orang tu juga faham dengan jawapan saya ini.
pengalaman lalu mengajar bila time nak amik cuti, ia merupakan sesuatu yang sangat perit kerana terpaksa bincang dulu dengan kengakawan satu ofis, tu yang payahnya tu..
Betul kata DikMal, rezeki tuhan maha luas, ia ada di mana-mana bukannya dalam slip gaji saja. Jujurnya saya berkata saya mengejar keseronokan dan kepuasan kerja bukannya wang semata-mata, sikit-sikit ada juga, wang sebagi motivasi
Thanks DikMal, good tip!
- shueqry -
July 13th, 2007 at 6:14 am
dik mal,
pada pendapat firadilalah kan…emmm….Kalau berani merempuh gunung yang kuat…tidak mustahil menyepak gunung berapi..
maksudnya,
Kalau berani dan penat pada masa sekarang.Berani mencuba…. Tak mustahil jari yang kecil akan menggoncang dunia..
p/s Maaf sebab bahasa sastera ni tak tahu sangat he…he…gelak selalu…
July 13th, 2007 at 10:17 am
yup caiyok2! bersama-sama menuju kejayaan… wujudkan jaringan networking anda hari ni juga
July 13th, 2007 at 2:51 pm
Benar pandangan negatif kadang2 akan menyebabkan kita sendiri berfikiran rendah diri dan tidak yakin kepada diri. Semoga dapat membantu…
July 13th, 2007 at 4:48 pm
Zool,
fikiran negatif sebenarnya kita boleh jadikan penyutik semangat. Jadikan kata-kata komen rendah orang lain sebagai pendorong kita untuk lebih maju dan lebih hebat dari mereka.
Biasanya orang yang mengomen negatif tu kebanyakannya hanya tahu bercakap saja, tapi masih tak buat apa-apa.
Just diamkan diri, gerakkan tangan dan setkan minda ke arah kecemerlangan, mulakan langkah pertama dengan tanya diri apa yang mahu dicapai..
- Shueqry -
July 15th, 2007 at 2:38 pm
takpe dik mal..yg penting buat apa yg awak suke..
mudahkan hidup, jgn fikir byk2
August 10th, 2007 at 7:19 am
ramai yang katakan kerja makan gaji ni terjamin sedangkan hakikatnya tidak… bila-bila masa je kita boleh disingkirkan dari syarikat coz kita bukan bos jika makan gaji..itu sebenarnya yang merisaukan jika makan gaji..setakat 1500, sampai tengah bulan, kering..takkan nak hidup seperti tu selamanya kan.. apapepun, usahawan yang berjaya semestinya perlu tempuh cabaran dari masyarakat sekeliling, tambah lagi sekiranya anda berpelajaran tinggi..yang penting, jika kita nak, pasti kita seribu daya untuk mencapainya