Mon 9 Jul 2007
Sikap ambil tahu, ambil mudah, bersungguh-sungguh
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Wah agak lama juga saya tidak menulis di sini. Alhamdulillah, peperiksaan akhir saya telah berlangsung, dan kini saya boleh menumpukan perhatian kepada penulisan saya.
Kali ini, saya ingin menulis mengenai sikap ambil tahu, ambil mudah, dan perlunya sifat bersungguh-sungguh.
Sedar atau tidak, jika anda merupakan pembaca setia blog ini, anda telah membaca lebih 90 artikel, yang majoriti daripadanya adalah artikel motivasi dan pembangunan diri. Sesuai dengan fokus blog ini. Jika di hitung, 90 artikel ini jika di baca, bisa menambahkna input anda, semangat anda. Dan di harapkan dapat memberi dimensi baru dalam pemikiran anda.
Tapi, adakah anda benar-benar memperolehinya?
Sikap ambil tahu
Hari-hari anda akan ke blog ini. Tak kisah waktunya. Mungkin pagi, tengahari, lepas makan tengahari., makan malam ataupun sebelum tidur.
Anda nak tahu apa artikel yang boleh anda baca pada hari ini untuk membantu anda memperbaiki hari-hari anda. Nah selain blog ini, saya pasti anda akan ke blog Kak Linn COmel dan Abg Shueqry untuk lebih artikel.
Dan resultnya? Anda up - to - date dengan apa yang kami bincangkan. Apa yang kami ketengahkan pada hari ini, anda mesti nak tahu. Jadi anda adalah seorang yang mempunyai sifat ambil tahu. Bagus.. Teruskan membaca
Sikap ambil mudah
Lantas setelah anda membaca blog ini, anda terus ke blog-blog lain. Untuk up-to-date maa
Itu memang bagus, tapi kemudian anda nampak gosip-gosip atau pun cerita-cerita hot. Anda pun akan spend lebih banyak masa di situ dan cari artikel-artikel yang lainnya. Maka anda semakin sibuk sehingga berjam-jam lamanya.
Dan sedikit-sedikit anda mulai lupa apa yang anda baca dari awal. Anda ada menetapkan fokus untuk mencuba sesuatu, hasil dari pembacaan anda sebelumnya. Tapi selepas pembacaan demi pembacaan tanpa sebarang catatan, maka ia jadi ibarat pembacaan biasa sahaja. Ilmu yang baru anda dapat akan hilang, bila anda baca dan baca lebih banyak ilmu baru esok.
Dalam kes ni, macam info-over-load.
Cukup la setakat baca sekali, dan keajaiban akan membawa anda kepada perubahan yang anda pernah impikan.
Dalam kes ini, anda ambil tahu, anda juga ambil mudah.
Sifat bersungguh-sungguh
Dan jika anda mula menyedari apa maksud di sebalik artikel ini, anda akan mula setuju dengan saya. Jika anda mahukan sesuatu perubahan, anda perlu ambil tahu macam mana anda nak pastikan perubahan itu terjadi, anda perlu kikis sikap ambil mudah, dan tanam sifat bersungguh-sungguh. Jika anda nak berubah, usahalah. Jika anda ke mari setiap hari, catatkan sesuatu yang anda rasakan berguna untuk anda, dan berubahlah. Tunjukkan kesungguhan anda. Dan jangan merungut bila anda gagal!
Muhasabah diri dan kaji semula sebab apa anda gagal. Apa yang kurang? Dan percayalah yang anda boleh.
Jadi mana satu kah anda?
- Ambil tahu, ambil mudah
- Ambil tahu, bersungguh-sungguh
- Tak ambil tahu langsung
Hanya anda yang tahu.
Salam kejayaan untuk anda dan saya juga .
Assalamualaikum
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

July 9th, 2007 at 2:10 pm
blog iris pun bolehla jenguk ari2 kan..heheehe
July 9th, 2007 at 2:15 pm
hehehehe….
insyaALLAH bila ada kelapangan, akan ku jalan2 ke blog mu yer abg shah arin..
July 9th, 2007 at 2:49 pm
betul sikap ambil tahu, ambil mudah, bersungguh-sungguh ada dalam hidup..
kalau rajin boleh singgah blog bukan blogspot saya
http://ligakampung.com/blog
Luahan 2 dari saya..
July 10th, 2007 at 4:22 am
Asmkm DikMal.. how r you? shueqry here..
dalam apa jua yang kita lakukan, biarlah yang bersungguh-sungguh sehingga nampak hasilnya..
kalau dlm bisnes, biar kecil asal berhasil..kalau berblog, biar simple tapi yanglahior dari hati.
artikel yang sungguh bagus dari DikMal :-))
- Shueqry -