Wed 20 Jun 2007
Artikel 8 - Halangan-Halangan Kejayaan
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Pertamanya, kelewatan saya menulis artikel ini, tak perlu lah di panjang lebarkan. Cukup anda memberi fokus kepada tiap intipati yang saya huraikan pada setiap artikel
Keduanya, tajuk hari ini berkisar tentang halangan kejayaan.
Halangan kejayaan? Contoh ke? Cara menempuhnya ke? Atau apa?
Beberapa minggu yang lepas, saya telah berkongsi dengan Abg Shueqry bahawasanya saya sedang melakar satu rajah, tentang satu pelaburan. Pelaburan apa? Tentunya bukan skim 5D : Duduk Diam Diam Dapat Duit! Tapi Pelaburan Menuju Kejayaan. Pada akhir siri artikel ini, saya akan menunjukkan kepada anda rajah tersebut
Bersabar ya!
Hari ini, saya mahu anda refresh minda anda. Imbas kembali beberapa artikel yang pernah saya tuliskan. Bagi sesiapa yang tak pernah lagi membaca siri-siri sebelum ini, bolehlah lakukan sekarang
Artikel 1 : Kejayaan Adalah Hak Milik Anda
Artikel 2 : Ketahui Kehendak Anda
Artikel 3 : Menentukan Target Anda
Artikel 4 : Kunci Kejayaan Anda
Artikel 5 : Keberanian dan Kepercayaan
Artikel 6 : Cik Mah Berenang ke mari!
Artikel 7 : Kwok Yan Chee
Sebenarnya, kita sudah sampai di pertengahan siri artikel, dengan saya menganggarkan kita akan menghabiskan siri ini pada bulan ini
Mengapa tak saya post kan setiap hari terus? Sebab saya mahukan anda memahami. Tiada gunanya saya menulis jika anda tak amik pusing!
Halangan Pertama : Sikap Negatif dan Pemikiran Negatif
Pemikiran Negatif adalah permulaan kepada putus asa. Kata orang, kejayaan lawannya kegagalan. Bagi saya pula, kejayaan lawannya putus asa. Kerana kegagalan itu bukan objektif! Kita boleh anggap kegagalan sebagai tersalah jalan. Bukan?
Maka apa perkara-perkara yang akan membawa kepada putus asa?
Antara yang awalnya, sikap negatif dan pemikiran negatif. Pemikiran negatif menyebabkan anda menghalang diri anda dari mencuba. Menghalang diri anda untuk percaya yang anda pun boleh berjaya! Betul?
Perhatikan saja ayat ini :
‘ Dia tu memang la. mak ayah keluarga bisnes. Memang la pandai niaga!’
‘ Dia tu dari kecik memang selalu masuk acara balapan. No wonderlah dapat menang olahragawan tahunan’
‘ Dia tu mak dia hantar pergi tusyen, sebab tu perekse ok je’
‘ Dia tu kawan dia orang2 bisnes…networking besar, no wonderlah bisnes dia maju..’
‘ Dia tu asyik bisnes2…tapi tk kaya pun? Buang duit je…!’
Dan macam-macam lagi la
Kesemua ini adalah ayat-ayat biasa yang anda biasa lafazkan tiap hari.
Anda mengiyakan ayat anda
Setiap kali anda mengatakan perkara sedemikian kepada diri anda, anda sebenarnya mengiyakan perkara itu. MEmang dia tu akan pandai berniaga, memang dia tu akan dapat anugerah olahragawan, memang mereka itu cemerlang dalam peperiksaan, akan mempunyia perniagaan yang semakin maju, tapi anda?
Malahan dengan ayat-ayat itu, anda sebenarnya mengikis kemampuan diri anda. Bagaiman terjadi? Anda menyatakan si dia lebih pandai dengan merasakan anda tidak pandai! Apakah itu? Bukankah anda sedang menyemai pemikiran negatif yang bakal menghalang anda dari mencuba?
‘Dia tu dari kecik memang selalu masuk acara balapan. No wonderlah dapat menang olahragawan tahunan’
Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni, kaki pendek, lari 100 meter dengan dia, sah la aku kalah.
‘ Dia tu mak dia hantar pergi tusyen, sebab tu perekse ok je’
Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni, perekse dapat no 10 je! Paling baik pun 9. tak macam dia, balik2 muka dia dapat hadiah pelajar terbaik.
‘ Dia tu kawan dia orang2 bisnes…networking besar, no wonderlah bisnes dia maju..’
Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni nak buka mulut bagi bisnes kad pon malu. Segan! Eh bisnes kad aku pun mana ntah letaknya?
‘ Dia tu asyik bisnes2…tapi tk kaya pun? Buang duit je…!’
Dalam diam-diam hati berkata : Aku dulu pernah cuba, tak untung mana, aku tau dia pun macam tu, buang masa je!
Dengan momokan seperti itu, tak peliklah jika anda masih di takuk lama. KEsan bercakap negatif kepada diri anda, sudah saya jelaskan dalam artikel-artikel lepas. Bukan? Cuba cari semula di antara 7 artikel itu.
Konklusi
1. Kenapa nak sibuk dengan orang? Maksud saya, dia tu rajin, dia tu pandai, dia tu itu, dia tu ini. Tapi anda? Di manakah anda? Perlulah anda memfokuskan lebih kepada diri anda dan menganalisa diri anda, untuk KEJAYAAN ANDA. Anda fokus kepada usaha orang, ibarat anda menganalisa diri orang lain, untuk KEJAYAAN ORANG LAIN. KAdang kala, anda perlu : MIND OF YOUR OWN BUSINESS FIRST
2.. Cuba kurangkan berfikiran dan merasakan serta menyalakan rasa negatif dan pemikiran negatif. Sesungguhnya ia kunci utama kepada putus asa. Anda berhak untuk berjaya.
Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.
Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
http://norakmal.blogspot.com/
Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.
Choice Is Yours.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

June 26th, 2007 at 6:58 am
Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.