Mon 18 Jun 2007
Artikel 7 : Kwok Yan Chee
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Hari ini alhamdulillah saya dapat menunaikannya
Beliau yang saya maksudkan bernama : Kwok Yan Chee .

Saya mengenali beliau dengan nama : Mr Kwok. Masa tahun 2006/2007 saya berkesempatan untuk bekerja satu kumpulan dengan beliau. Pelik?
Sebenarnya, Mr Kwok adalah salah seorang pelajar SPACE UTM, Kuala Lumpur. Ia, tempat saya belajar. Dan kebetulan kami satu kursus
Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Matematik. Kursus kami ini, boleh di kata double degree, sebab kandungan kursus, 50% masing-masing untuk pendidikan, matematik dan komputer
Nampak susah.
Dan kadang-kadang memang merasa sesak nafas
Namun ia tak la sesukar mana. Kerana Mr Kwok sudah melakukannya.
Pada usia 69 tahun, orang lain sedang bersenang lenang di rumah. Bersama anak cucu. Namun Mr Kwok baru menghabiskan pengajian beliau. Adakah itu terlalu lambat? Tidak sama sekali! Pembelajaran adalah proses seumur hidup
Life going process.
Kalau orang lain ambil masa 4 tahun untuk mendapatkan ijazah, Mr Kwok menghabiskan masa 8 tahun untuk ijazahnya.
Merujuk kepada petikan The Star ,bertarikh 25 March 2007 :
“Learning is my hobby,” said the oldest graduate at the 38th Universiti Teknologi Malaysia convocation in Skudai, near here, yesterday.
“I believe anyone who is constant in the pursuit of success, will surely achieve it,” added Kwok, who took eight years to get his bachelor’s degree in Science, Computer and Education (Mathematics).“I am happy and proud of my achievement,” said the bachelor.
Pemerhatian saya sepanjang dua semester bersama beliau :
1. Beliau melakukannya dengan penuh minat dan kepercayaan bahawa beliau mampu melakukannya
2. Beliau berani! Orang lain dah pencen tak tentu nak sambung belajar kan? Nak berehat kata mereka..Ataupun, takut tak larat, otak dah penat.
3. Beliau amat bersungguh-sungguh dan komited dengan tugasnya. Pernah saya duduk satu kumpulan diskusi dengan beliau semasa di kelas. Dan beliau telah memberi kerjasama yang cukup baik. Nak tahu apa dia? Kami diberikan tugasan berkumpulan. Dan saya dilantik untuk mengedit kerja serta menambah apa yang perlu. Jadi setiap ahli perlu submit pada saya bahan-bahan mereka. Dalam banyak-banyak ahli kumpulan. Cuma Mr Kwok yang hantar pada sya tepat pada masanya, walaupun beliau cuma menggunakan POS MALAYSIA saja
Kesimpulan ringkas dari saya, jika MR Kwok yang berusia 69 tahun ketika ini, telah berjaya menggapai impian beliau dengan jayanya, mengapa anda yang masih muda belia tidak boleh? Renung-renungkan
Salam Maju Jaya.
Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.
Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.
Choice Is Yours.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

June 18th, 2007 at 11:35 am
contoh..nak seribu daya..taknak seribu dalih…biar lambat asal dpt degree…
June 18th, 2007 at 11:39 am
ya betul…
June 18th, 2007 at 1:23 pm
Bagus betul.. kalo selalu latih otak berfikir, Insya Allah lambat kena sakit alzheimer..
June 18th, 2007 at 1:42 pm
Asmkm DikMal, pakaba? Shueqry here.
Good post!
Kagum saya pada pada Mr Kwok, di usia lanjut sebegitu dia masih mampu untuk memegang Degree, apa lagi saya yang belum sampai 30 tahun!
owh, satu bukti sebenar kejayaan milik sesiapa yang berusaha, biar lambat, janji konsisten.
Dia berjaya kerana dia sangat obses dengan mencari ilmu seumur hidup dan menjadikannya sebagai hobi. Kata Adam Khoo, untuk menggenggam kejayaan, kita perlu ada obsesi pada sesuatu.. er, DikMal, buku Adam Khoo yang mana satu awak baca?
Nak tahu saja, kat sini buku Adam Khoo yang NLP tu dah ada orang beli, uwaa!
Thanks DikMal, u wrote well
Keep it up!
- shueqry -
June 20th, 2007 at 8:32 am
Betul cakap kumb@ng tu..nak 1000 daya tak nak 1000 dalih.
Pada Ktom dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Mendalami sesuatu ilmu ni tiada penghujungnya dik. Ilmu yg tak betul x termasuk ler….
Semakin banyak ilmu yg kita dapati semakin yakin kita kepada diri sendiri.
Sebenarnya bila kita belajar atas dasar minat dan kesungguhan utk memperbaiki taraf kehidupan…kita akan lebih fokus dan komited.
hehehe..Ktom ambil masa yg agak panjang jugak dalam bab belajar ni…hehhehe DikMal nak tahu..tanyalah Shuq…:)