Minggu lepas saya berjanji akan mencari gambar beliau dan akan berkongsikan dengan anda mengenai beliau.

Hari ini alhamdulillah saya dapat menunaikannya :) Beliau yang saya maksudkan bernama : Kwok Yan Chee .

Kwok Yan Chee - Di Majlis Konvokesyen UTM

Saya mengenali beliau dengan nama : Mr Kwok. Masa tahun 2006/2007 saya berkesempatan untuk bekerja satu kumpulan dengan beliau. Pelik?

Sebenarnya, Mr Kwok adalah salah seorang pelajar SPACE UTM, Kuala Lumpur. Ia, tempat saya belajar. Dan kebetulan kami satu kursus :) Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Matematik. Kursus kami ini, boleh di kata double degree, sebab kandungan kursus, 50% masing-masing untuk pendidikan, matematik dan komputer :) Nampak susah.

Dan kadang-kadang memang merasa sesak nafas :) Namun ia tak la sesukar mana. Kerana Mr Kwok sudah melakukannya.

Pada usia 69 tahun, orang lain sedang bersenang lenang di rumah. Bersama anak cucu. Namun Mr Kwok baru menghabiskan pengajian beliau. Adakah itu terlalu lambat? Tidak sama sekali! Pembelajaran adalah proses seumur hidup :) Life going process.

Kalau orang lain ambil masa 4 tahun untuk mendapatkan ijazah, Mr Kwok menghabiskan masa 8 tahun untuk ijazahnya.

Merujuk kepada petikan The Star ,bertarikh 25 March 2007 :

“Learning is my hobby,” said the oldest graduate at the 38th Universiti Teknologi Malaysia convocation in Skudai, near here, yesterday.

“I believe anyone who is constant in the pursuit of success, will surely achieve it,” added Kwok, who took eight years to get his bachelor’s degree in Science, Computer and Education (Mathematics).“I am happy and proud of my achievement,” said the bachelor.

Pemerhatian saya sepanjang dua semester bersama beliau :

1. Beliau melakukannya dengan penuh minat dan kepercayaan bahawa beliau mampu melakukannya

2. Beliau berani! Orang lain dah pencen tak tentu nak sambung belajar kan? Nak berehat kata mereka..Ataupun, takut tak larat, otak dah penat.

3. Beliau amat bersungguh-sungguh dan komited dengan tugasnya. Pernah saya duduk satu kumpulan diskusi dengan beliau semasa di kelas. Dan beliau telah memberi kerjasama yang cukup baik. Nak tahu apa dia? Kami diberikan tugasan berkumpulan. Dan saya dilantik untuk mengedit kerja serta menambah apa yang perlu. Jadi setiap ahli perlu submit pada saya bahan-bahan mereka. Dalam banyak-banyak ahli kumpulan. Cuma Mr Kwok yang hantar pada sya tepat pada masanya, walaupun beliau cuma menggunakan POS MALAYSIA saja :)

Kesimpulan ringkas dari saya, jika MR Kwok yang berusia 69 tahun ketika ini, telah berjaya menggapai impian beliau dengan jayanya, mengapa anda yang masih muda belia tidak boleh? Renung-renungkan :)

Salam Maju Jaya.

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,

Norakmal Jasni

http://norakmal.blogspot.com/

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.