Thu 7 Jun 2007
Artikel 4 - Kunci Kejayaan Anda
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Artikel kali ini saya mulai dengan : Sudahkah anda mencuba saranan saya pada hari Selasa?
Jika sudah, syabas saya ucapkan. Dan jika anda masih belum berkesempatan, sibuk, ada gangguan, maka cubalah sekarang. Kerana alasan bukanlah faktor kejayaan
Baiklah, pada ketika saya menaip ni, saya sambil dengar lagu Ruffedge dan VE : Saat Bahagia. Saya suka bunyi pinano. Erk! Piano dalam lagu ni
Kita teruskan, dengan fokus hari ini : Kunci Kejayaan Anda.
Setelah anda merangka plan anda, strategi anda, target anda, impian anda; anda seharusnya perlu tahu, apakah kunci kejayaan anda.
Banyak perkara yang akan menjadi kunci kejayaan anda. Setelah saya analisis, saya dapati perkara ini lebih penting berbanding dengan yang lain.
Tentu anda pernah dengar ayat : If you want to change things, first you must change yourself. Macam itu lah, sedikit sebanyak bunyinya.
Lantas, apakah kunci kejayaan itu?
Kunci Kejayaan Di Bongkar
Sekiranya anda ingin berjaya, dalam apa jua bidang y
ang anda tempuhi, tak kira lah, anda nak jadi seorang pelajar yang berjaya dalam SPM, dalam fakulti; nak jadi seorang jutawan; nak jadi seorang usahawan tani yang berjaya; seorang IM Malaysia yang berjaya, apa saja kejayaan yang anda impikan, kuncinya adalah : KEPERCAYAAN KEPADA DIRI ANDA.
ang anda tempuhi, tak kira lah, anda nak jadi seorang pelajar yang berjaya dalam SPM, dalam fakulti; nak jadi seorang jutawan; nak jadi seorang usahawan tani yang berjaya; seorang IM Malaysia yang berjaya, apa saja kejayaan yang anda impikan, kuncinya adalah : KEPERCAYAAN KEPADA DIRI ANDA.Untuk berjaya, anda perlu percaya bahawa anda mampu memperolehinya.
Pada artikel ke-2, saya ada menulis tentang ‘mind vibration’. Disini wujud hubung kait antara, keperluan anda mempercayai diri anda, dalam usaha menghasilkan dan melepaskan getaran minda yang baik, dan akhirnya, membawa kesan yang baik kepada diri anda
Malangnya, ramai orang tidak percaya bahawa mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh menjadikan semua impian mereka satu realiti. Ramai orang selalu berharap mereka boleh! Tapi malangnya, mereka tak percaya mereka boleh. Pada akhirnya, pemikiran negatif ini akan membataskan pergerakan mereka.
Mengapa Ramai Orang Tidak Yakin?
Secara mudah dan ringkas, ramai orang di momokkan dengan kenyataan bahawa kehidupan itu sukar, kejayaan itu susah, anda bersaing dengan orang2 yang telah berjaya dan itu amat susah!
Itulah kepercayaan yang terbentuk sejak berdekad-dekad, dan inilah yang memacu pergerakan anda. Dengan kepercayaan yang kian menebal, anda sebenarnya, melepaskan pemikiran bahawa kejayaan itu susah. Dan, memang la akan jadi susah
Hakikatnya, kehidupan itu mudah, manusia yang menyukarkannya. Kejayaan itu milik semua, tapi manusia yang melabelkannya bahawa ia milik sesetengah individu semata-mata. Dan sebenarnya, saingan untuk kejayaan bukanlah orang-orang di luar sana, tetapi diri sendiri, minda sendiri. Inilah hakikatnya. Setuju?
Kisah Siti dan CGPA
Siti merupakan seorang penuntut di sebuah IPTA tempatan. Siti juga seperti orang lain, cukup sifatnya. Siti di kelilingi kawan2 yang setiap semester dapat anugerah Dekan. Maka kalau diikutkan, Siti boleh berusaha untuk dapat 4.0 setiap semester. Tetapi, apa yang terjadi, Siti hanya dapat pointer 3.0 saja setiap semester.
Siti sebenarnya, telah terperangkap dalam kepercayaan diri yang beliau rangka sendiri. Bentuk kepercayaan yang tertanam dalam diri Siti termasuklah : Siti tak bagus, kawan-kawan Siti lagi bagus, mereka dapat anugerah Dekan; belajar itu susah bila dikelilingi kawan-kawan sehebat ini, susah nak catch-up; dan Siti akan dapat 3.0 sekali lagi.
Apabila Siti mengukir kepercayaan sebegini rupa dalam diri beliau - jadi tak kira macam mana dasyhat Siti belajar, Siti berusaha, Siti ulangkaji, Siti tetap akan dapat 3.0. Kalau keajaiban berlaku, mungkin 3.3. Tapi takkan dapat 4.0 . Kenapa?
Sebab Siti sendiri tak percaya ia takkan terjadi
Setiap kepercayaan Siti akan di simpan oleh minda separa sedar beliau, dan akan dicernakan dan kepercayaan itu akan semakin menebal.
Maka, Siti tidak akan keluar dari kelompok kepercayaan itu
Jadi Bagaimana Untuk Mencipta Kepercayaan Diri Yang Betul?
Ubah cara anda berfikir. Percayalah, anda mampu melakukannya. Anda memang boleh buat! Berusaha bersungguh-sungguh. Kemudian berdoa dan tawakallah, insyaALLAH doa anda akan dimakbulkan ALLAH SWT.
Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.
Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.
Choice Is Yours.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

June 8th, 2007 at 11:41 am
Asmkm DikMal.. pa khabar?
Good post!
saya setuju, kunci kejayaan yang paling utama ialah sistem kepercayaan sendiri dan metafora kehidupan yang diciptakan oleh empunya diri..
Selain tu, dia juga perlu percaya pada keajaiban dan expect things to happen, not just wait and see.. berusaha sehabis daya dan kemudian tawakkal dan berserah setelah itu..
Ia jadi atau tidak itu terpulang,paling penting tumpukan pada usaha. Jika kita tahu apa yang kita mahu capai,bertindak secara positif. Means, kalau gagal, bangkit lagi, ubah strategi dan usaha lagi..
owh, saya tak dapat sangkal, DikMal seorang motivator yang bagus!
- shueqry -
June 8th, 2007 at 12:05 pm
Salam ABg SHueq,
Saya gembira dan super excited sentiasa
Terima kasih.
Ya, kepercayaan pada diri dan kepercayaan yang manusia bina dalam diri mereka yang menjadikan mereka seperti hari ini.
Memang, takdir telah ditentukan, dan kita juga perlu berusaha. Itu tak boleh disangkal!
Beberapa hari lagi, mungkin minggu depan, saya akan menulis dengan menggunakan beberapa carta yang saya tulis beberapa hari ni.
Tungguuuuuuuu
Ikhlas,
Dik Mal
June 10th, 2007 at 4:08 am
HM.. betul tu akmal..
rasa seronok plak baca blog nie,…
saya nie ada perasaan rendah diri terutamanya tentang cara bersosial..
tu yang paling penting n saya nak ubah sket supaya dapat ketemu dengan target saya yang lagi satu nie..
Huhuhu…
Er panggil zool je ye… ligakampung tu jenama blog je…
————————–
zool
founder of ligakampung.blogspot.com n
mangatoread.blogspot.com
June 11th, 2007 at 9:17 am
Askm DikMal,
Terima kasih kerana post yang hebat ini. Rasa kembali bersemangat dan sedar bahawa ada sesuatu yang harus diperbetulkan…” mind setting ” dan yakin boleh.
June 11th, 2007 at 9:23 am
Zool,
semoga dapat mencapai target tu. Ingat, anda boleh!
Kak Tom,
terima kasih, semangat para pembaca la yang menyebabkan saya menulis
p.s : saja melewatkan post hari ini
jumpa malam sikit
June 15th, 2007 at 4:31 am
Dik mal,
Bagus artikel ni…firadila rasa kunci kejayaan ialah dimana kita memegang kunci dan kita yang menciptakan kunci…nampak macam kelakar kan tapi sebenarnya kalau kita dah mencipta dan pegang ia..yakinlah pasti akan merasai dan membuahkan hasil.kalau yakin kejayaan itu ada dan mahu mencapainya…pasti kita akan memciptakan usaha dan kerja keras selalu…he..he…senyum selalu…
June 15th, 2007 at 5:40 am
betul tu firadila..
sebenarnya, untuk buat orang lain pula percaya pada kita, pertamanya kita perlu percaya diri sendiri.