Tue 5 Jun 2007
Artikel 3 : Menentukan target anda
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Tapi, banyak juga kekangan yang anda sedari mula muncul dalam anda cuba menempa kejayaan anda bukan?
“ Aku nak berjaya! Aku percaya aku boleh berjaya! Tapi nak mula macam mana?”
Tetapkan impian anda. Kehendak anda.
Di tahap ini, anda seharusnya memahami, bahawa kehidupan anda, masa depan anda, dan setiap langkah yang anda ambil adalah di bawah kawalan anda!
Jika anda betul-betul hendak capai sesuatu, jika anda benar-benar mahu merubah kehidupan anda, jadi, anda perlu ubah beberapa keadaan dalam kehidupan sedia ada anda. Mula memilih pilihan-pilihan yang baik hari ini. Mula fikirkan apa yang anda mahukan.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk bermula, saya cadangkan anda mula menulis matlamat anda. Apa yang anda mahukan. Anda tak tahu apa matlamat anda? Mulakan dengan angan-angan. Fahami apakah sebenarnya yang anda mahukan. Jika anda tahu apa yang anda mahukan, anda akan memulakan hari esok dengan lebih baik. Anda setapak lebih rapat dengan kejayaan anda.
Ingatlah bahawa, pilihan yang anda buat semalam, membawa anda hari ini!
- Buangkan segala pemikiran yang mengatakan kegagalan anda, kesedihan anda pada masa lalu. - Fikirkan apa yang paling penting untuk anda
- Tuliskan semuanya dalam kertas tadi
- Tulis sehingga anda puas hati. [Tiada limit]
Jangan skip bahagian ini. Berhenti membaca di sini. Lakukan ini terlebih dahulu. Satu pembelajaran itu hanya akan berkesan dengan latihan yang secukupnya. Anda perlu menulis. Jika anda terus mencapai kertas dan cuba menulis, anda berada di trek yang sepatutnya. Jika anda tidak berbuat apa-apa, tidak terlintas untuk buat apa-apa, maka anda sudah tersalah jalan. Ingat. Tiada kegagalan, cuma ada putus asa. Cuba elakkan faktor-faktor yang menyebabkan anda putus asa.
Impian anda tidak semestinya dalam bentuk objek malahan mungkin dari segi pengawalan kewangan yang lebih baik, keluarga yang lebih besar, kemahiran interpersonal lebih baik!
Pastinya, banyak cabang impian yang boleh anda fokuskan. Tentu anda mahu tahu, target yang bagaimana yang perlu di tuliskan. Sebenarnya anda boleh tulis apa saja, secara rawak, dan klasifikasikannya kelak. Tapi mungkin juga anda tidak tahu apa sebenarnya anda mahukan bukan?
Baiklah. Saya cuba bimbing anda. Anda boleh fokuskan kepada skop-skop ini:
-
Impian untuk mencapai kebebasan kewangan
-
Impian untuk kesihatan fizikal dan mental
-
Impian untuk keluarga dan hubungan personal
-
Impian dalam pencapaian spiritual
-
Impian dalam pendidikan dan pekerjaan
-
Impian dari segi material
-
Dapat? Inilah yang anda mungkin perlukan! Ia bergantung kepada individu.
-
Kebiasaannya kita lebih fokus kepada impian yang ke-6. Seperti contoh yang saya jelaskan semalam..
Untuk mencapai ini semua, gariskan apa-apa juga kemungkinan!
Sesuatu matlamat perlu konkrit dan spesifik
Saya percaya dan amat yakin bahawa anda, telah pun mula menulis matlamat anda. Tetapi, apa yang anda tuliskan? Saya juga amat pasti, matlamat anda lebih kurang mungkin berbunyi seperti ini :
-
Saya mahu jadi kaya
-
Saya mahu jadi jutawan
-
Saya nak ada kereta besar
-
Saya nak ada rumah banglo
-
Saya nak melancong mengelilingi dunia
-
Saya nak pergi bercuti sekeliling Malaysia
-
Saya nak beli barang kemas banyak-banyak!
Tersenyum? Ya! Anda telah menulis matlamat anda. Tapi ia tidak akan membawa anda kepada kejayaan. Anda akan berputus asa! Masih ingat : You never fail, you just give up!
Macam mana nak capai target nak jadi kaya. Nak buat macam mana? Takkan nak masuk Roda Impian, menang hadiah lumayan baru boleh jadi kaya?
Jangan gusar. Saya juga pernah menulis impian yang lebih kurang seperti ini. Tidak salah jika anda dah tulis lebih 100 target yang lebih kurang sama. Kerana anda lebih baik dari mereka yang langsung tidak menulis target!
Sepatutnya anda sudah mendapat kredit, atau pun patut saya dah beri A++ sebab dah mula menulis target anda. Tapi saya tak bagi. Sebab apa?
Sebab ada 1 juta orang lain di luar sana, yang menulis impian seperti ini! Bermain-main dengan impian dan mula menulis. Apa peluang anda? Tentunya anda bukan bersaing dengan mereka. Rumah mewah anda, kereta mewah anda nanti milik anda! Tak ada kaitan dengan mereka! Tapi anda bersaing dengan emosi anda.
Macam mana?
Bila ada 1 juta orang yang saya katakan tadi, semuanya berusaha untuk jadi kaya, dapatkan kereta mewah, rumah benglo seperti anda. Anda pun akan semakin bersemangat bukan? Tetapi ada tak anda terfikir, situasi ini:
Bila ada 1 juta orang yang saya katakan tadi, semuanya berusaha untuk jadi kaya, dapatkan kereta mewah, rumah benglo seperti anda. Anda pun akan semakin bersemangat bukan? Tetapi ada tak anda terfikir, situasi ini:
Ali, Ahmad, Abu, Lina dan Dhiya adalah lima orang sekawan. Kesemua mereka sudah mempunyai impian mereka yang ingin mereka kecapi. Rata-rata mereka mempunyai matlamat yang hampir sama. Semua mereka berusaha kuat, amat bermotivasi untuk mencapai kejayaan mereka. Bagaimana mereka melakukannya? Dengan usaha yang etul,berterusan, doa dan tawakal. Tapi pada akhirnya, Lina dan Abu gagal. Ada sikit kesilapan yang mereka lakukan. Menyebabkan mereka bergerak lebih lambat dari Ali, Ahmad dan Dhiya! Tiga kawan mereka ini sudah mencapai target mereka, manakala Abu dan Lina masih belum. Sadisnya, Lina dan Abu menjadi lebih lambat begerak. Mereka rasa tidak yakin sebab kesilapan kecil
dan cuma tengok kawan-kawan lain sudah capai target. Akhirnya, mereka gagal.
Gagal mencapai target kerana mereka putus asa.
Kenapa Abu dan Lina menjadi putus asa? Sebab mereka tidak tahu apa yang dilakukan! Mereka cuba kesemuanya. Mereka cuba apa saja untuk jadi kaya. Untuk dapatkan rumah. Kereta mewah! Tapi kegagalan yang kecil menyebabkan mereka putus asa. Itu satu hal, juga, mereka rasa tertekan kerana berfikiran mereka tidak mampu. Sedangkan orang lain mampu! Di manakah kesilapan mereka?
Diketahui, tiga orang kawan mereka tentu menulis impian juga. Seperti mereka. Tetapi, dalam pada itu, mereka cuba menambah impian-impian mereka, mereka menjadikan ia lebih spesifik dan jelas. Tidak seperti Abu dan Lina! Mereka cuma bergantung pada impian awal semata-mata.
Terlalu kompleks? Saya ringkaskan:
Apabila anda menulis impian anda, tulislah impian yang jelas dan lengkap. Pada ketika masa berlalu, terus update impian anda. Jangan biarkan ia sangat umum. Jadikan impian anda lebih khusus!
Contohnya seperti ini :
-
Saya mahu jadi kaya dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, pada waktu itu, saya hendaklah mempunyai simpanan sebanyak rm500,000.
-
Saya mahu jadi jutawan tujuh tahun dari sekarang, ketika umur 30 tahun
-
Saya mahu kereta ferarri warna merah!
-
Saya mahu beli rumah banglo dengan lima bilik tidur, tiga bilik mandi lengkap dengan kolam mandi di Beverly Hills!
-
Saya nak melancong mengelilingi dunia mulai tahun depan, bermula dengan US, UK, Itali, Perancis, Arab, China, Jepun dan Australia.
-
Saya nak bercuti ke Pulau Tioman, kemudian ke Pulau Langkawi dan akhirnya ke Pulau Pangkor
-
Saya nak beli kalung berlian dari Habib Jewels!
Dan macam-macam lagi. Bukankah ia kedengaran dan kelihatan lebih jelas dan realistik? Mempunyai impian yang konkrit dan realistik amat membantu anda dalam membina kejayaan anda!
Tambahan : Impian anda mestilah mempunyai tarikh!
Anda sudah menulis banyak impian anda. Saya gemar mengelarkannya impian. Ia nampak dan kedengaran jitu dan merupakan apa yang anda mahukan. Dan kedengaran istimewa!
Apabila anda menulis impian, saya cadangkan anda menulis tarikh bersama.
Tarikh apa? Tarikh bila anda mahu matlamat anda tercapai.
Bagaimana untuk meletakkan tarikh dalam impian anda? Kolum yang mudah boleh membantu anda! Di dalam jadual itu, letakkan impian anda, tarikh mendapatkannya dan progress.
Tuliskan tarikh, bila anda akan mencapai impian-impian anda. Kemudian, kaji perkembangan anda setiap hari! Jika anda masih tidak bergerak, kaji semula adakah impian anda itu amat realistik untuk di capai, jadikan ia lebih spesifik.
Impian anda tadi, juga boleh anda pecah-pecahkan kepada target harian, mingguan, bulanan dan tahunan! Lebih menyerlahkan kepada anda, apa yang anda mahukan dalam hidup anda! Dan paling penting, apa anda perlu buat untuk menjadikan impian anda realiti.
Rumusan
Sepatutnya, sehingga bahagian yang akhir ini, anda sudah lengkap dan faham bagaimana anda menetapkan matlamat anda. Jika masih ragu, saya rumuskan ia dalam huraian seringkas boleh:
-
Tuliskan impian dan gol-gol anda.
-
Jadilah lebih spesifik. Jika anda mahukan kereta mewah, nyatakan kereta mewah jenama apa, warna apa, warna yang macam mana, teknologi yang bagaimana!
-
Letakkan tarikh pada target anda. Bila anda mahukan perkara itu terlaksana? Letakkan limit untuk anda mencapai apa yang anda mahukan. Di sinilah perlunya anda menulis target yang jelas dan realistik. Takkan anda nak bina satu lagi bangunan setinggi KLCC dalam setahun bukan? Buatlah target yang realistik.
-
Laporkan perkembangan anda setiap hari. Lihat list anda setiap hari. Jika perlu, print dan lekatkan di tempat yang anda mudah nampak. Buatkan ia supaya kelihatan seperti things to do! Secara konsisten, tambahkan impian-impian anda. Ingat! Impian anda tiada limit! Tapi pastikan anda jujur mencatat perkembangannya.
-
Selepas anda berjaya mencapai apa-apa target, walaupun kecil, reward yourself. Saya menghabiskan sepetang saya di taman KLCC, dengan sebuah buku selepas habis final exam, sebagai tanda terima kasih dan reward utk diri setelah sya berhempas pulas sepanjang semester ini.
-
Nikmati perjalanan kehidupan anda. Nikmati keceriaan, kegembiraannya sepanjang masa. Ia adalah mengenai menikmati perjalanan menuju kejayaan anda, bukan semata-mata untuk sampai ke destinasinya sahaja.
Itu dia! Kunci dalam menetapkan target anda! Di manakah anda ketika ini? Tidak salah untuk menjawab saya tidak pernah menulis impian saya. Tidak salah! Saya cuma mula sedar untuk menulis impian saya pada umur 21 tahun! Mulakan hari ini!
Mudah. Tukarkan fikiran anda kepada target di atas kertas. Jadikan ia kenyataan. Bagaimana - akan membantu anda? Kita akan bersambung di artikel seterusnya.
Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.
Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
http://norakmal.blogspot.com/
Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.
Choice Is Yours.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

June 5th, 2007 at 3:56 pm
Hm.. bagus artikel nie
cuma terlalu panjang..
saya pun ada target untuk diselesaikan.. Harap2 berjaya untuk capai target tersebut dalam tahun depan…
June 6th, 2007 at 9:38 am
Asmkm DikMal.. how r u?
All i can say, artikel ni menyentuh hati! Betul juga, ramai orang memasang impian dan tak ramai yang memasang matlamat, daripada 100 org yang menulis matlamat hanya 10 yang akan berjaya,kerana matlamat mereka spesifik dan usaha yang konsisten dalam merealisasikannya.
Artikel ini bagus untuk memandu mereka yang masih termangu-manggu, yang hanya menjadi pemerhati kejayaan orang lain (sedangkan mereka ada peluang yang sama, kapasiti minda yang sama) dan yang tak tahu di mana mau bermula..
Selain tu, ia juga membuat kita tahu what is our purpose in life, adakah hanya bangun pagi, pergi kerja, balik, berehat dan hujung bulan terima gaji? atau.. menjadi apa yang kita impikan, dapat apa yang kita mahukan setelah menulis matlamat dan mencapai impian menjadi jutawan 3 tahun lalu? semuanya terletak di tangan diri sendiri..
Saya tak puas hati baca sekali, saya baca berkali-kali sejak dari kemarin. Satu tulisan yang straight from the heart.. DikMal, kirim salam ngan Dhiya ye, hehe..
Very interesting post!
- shueqry -
all 4 one, one for all
June 6th, 2007 at 2:22 pm
salam semua
liga kampung,
ya, artikel ini agak panjang, tapi secara ringkasnya, ini merangkumi satu fasa dalam prinsip kejayaan. penetapan matlamat
tahniah kerana anda juga sudah ada target. selamat maju jaya!
shueqry,
saya sihat di sini. abg shueqry mcm mana? tak sempat nak balas mail. saya banyak luar rumah kebelakangan ni
ya,jika anda tak tahu macam mana nak mula. biar saya bagitahu rahsianya : bak kata adik Labanon, just do it
artikel ini biasa saja, mungkin sebab saya rangkumkan semua supaya pembaca dapat gambaran awal ttg penetapan target mereka.
kemudian nanti, baru kita selitkan dan huraikan lagi
general idea might help
salam maju jaya!
Ikhlas,
Dik Mal
June 6th, 2007 at 3:24 pm
hm.. tq dik mal.. walaupun target saya bukan lah untuk menjadi jutawan cuma ada gak target yang saya dah cita2kan..
saya telah letakkan 3 target utama saya pada awal tahun untuk dicapai dalam 3 tahun.. Target pertama untuk memiliki rumah insyaallah akan dicapai..
target yang kedua dan ketiga pun dalam proses pelaksanaan…
walaupun agak slow tapi saya akan cuba capai cita2 sebelum sampai waktunya..
target nie saya simpan dalam h/phone dalam setiap bulan saya remindkan….
sebenarnya saya agak terlambat menetapkan matlamat sebelum ini namun saya tak mau lagi menyesali apa yang berlaku dibelakang dan terus kan hidup dengan jayanya…
AMIN…
Harap2 berjaya .. AMIN..
June 6th, 2007 at 3:30 pm
Slow means steady.
Takpe bermula lewat, asalkan sudah bermula.
Lambat atau cepat bukan faktor nya, tapi apa kita buat untuk mencapai impian tu
Bagus juga letak dalam hp. macam saya, bila on je hp, akan kuar ayat yang lucu dn buat saya senyum. jadi, pagi2 mood saya dah hepi