Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Pada hari Jumaat minggu lepas, saya ada menulis artikel yang bertajuk, Kejayaan Adalah Hak Milik Anda. Diharapkan anda sudah membacanya, dan menelitinya. Sebarang pertanyaan boleh dikirimkan di ruangan komen, mahupun emailkan kepada saya di e.norakmal@gmail.com
Baiklah, kita teruskan dengan artikel hari ini.

Sehingga pada saat anda membaca artikel ini, ayat ini, saya yakin, anda sudah ketahui bahawa kejayaan itu mampu dimiliki oleh sesiapa saja. Setuju? Tidak ada orang yang bodoh, yang ada orang yang malas mengusahakan pandai. Tidak ada orang yang gagal, yang ada cuma mereka yang putus asa, dua tiga langkah lagi sebelum kejayaan. Mana satukah anda? :)
Dan anda juga mungkin pernah cuba sedaya upaya yang anda mampu anda lakukan. Apa yang terdaya, dan cuma lihat kegagalan demi kegagalan lagi. Anda mungkin sudah putus asa. Berhenti! Ya. Berhenti berputus asa. Anda tidak perlu putus asa. Kerana, ada cara lain, untuk mendapatkan kehidupan yang anda mahukan. Dan saya akan cuba menghuraikan BAGAIMANA untuk mendapatkannya.
Pertamanya, saya sarankan anda, mengetahui apa yang anda mahukan. Bukan setakat yang anda mahukan, tetapi yang anda benar-benar mahukan. Fokuskan fikiran anda kepada apa yang anda mahukan.
Anda tentu akur bahawa, kehendak setiap orang itu berbeza. Dan kadang-kadang, apa yang anda mahukan, bukanlah apa yang anda mahukan! Persekitaran kadang-kadang mengaburi impian anda. Anda terpempan oleh ciptaan-ciptaan kehendak kehidupan hari ini. HIngga anda tak tahu apa sebenarnya anda mahu. Hari ini anda mahukan kereta, esok rumah, dan seterusnya. Berubah-ubah.
Apa sebenarnya yang anda mahukan? Anda perlu fokus untuk menjawab persoalan ini.
Siti mungkin mahukan rumah banglo dua tingkat mewah di Beverly Hills, kereta BMW yang mewah, mahu bercuti ke Itali mahupun London.
Ahmad pula idamkan kehidupan yang menggembirakan, kesihatan yang baik, ketenangan hati, keluarga yang bahagia, isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah.
Setiap manusia itu mempunyai kehendak yang berbeza. Seperti contoh di atas, apa yang anda mahukan, tidak semestinya berbentuk material. Boleh juga berbentuk ketenangan hati, yakni spiritual. :) Bergantung kepada individu. Apa yang anda mahukan?
Impian anda memerlukan strategi
Jika anda, mahu mencapai target anda, anda mahu membaiki kehidupan anda - apa saja yang anda mahukan, pertama anda perlu memutuskan apa yang anda benar-benar mahukan dan kemudian kembali dengan strategi.

80% orang yang menulis impian mereka, benar-benar mencapainya. Jadi, hanya dengan menulis impian anda, anda telah meningkatkan peluang kejayaan anda sebanyak 80%.
Tahukah anda, orang yang berjaya dalam dunia, mempuyai strategi yang tersendiri untuk memastikan impian mereka tercapai, target mereka tercapai. Hatta, dalam permainan bola sepak sekalipun, turut memerlukan strategi. The best strategies win!
MENGAPA SEBEGITU?
Ini kerana apabila anda membuat sesuatu keputusan, anda membina strategi, anda sebenarnya telah mengerakkan minda separa sedar anda, dan anda telah menghantar mesej, yang anda mahukan impian-impian itu tercapai. Ini merupakan mesej yang amat penting yang akan tersemat dalam minda anda. Jadi, mind of what you think off! Pastikan anda sebenarnya benar-benar mengetahui apa yang anda inginkan. Anda mesti merasai yang itu adalah yang anda mahukan. Sekali lagi, ia tidak semestinya material :) Berusaha dengan strategi, berdoa dan bertawakal. InsyaALLAH, ALLAH SWT akan mengkabulkan doa anda. Kesungguhan anda menyatakan apa yang anda mahukan, akan menunjukkan betapa anda mahukannya. Di sinilah pentingnya anda tahu apa yang anda mahukan :)
Mengetahui sebenarnya apa yang anda mahukan
DikMal, saya tak tahu apa yang saya mahukan. Kdang-kadang ia datang, kadang-kadang hilang dari fikiran. Rasa macam tau, tapi tak tau.”
“Rasa nak rumah yang besar, tapi bila fikir-fikir rumah yang sedia ada ini pun, dah cukup memuaskan sebenarnya. Tak tahulah!”
“DikMal, kalau macam tu, apa saya nak tulis? Kalau saya tak tulis, saya kehilangan 80% peluang kejayaan??”
Jangan runsing. Saya juga kadang-kadang tidak tahu apa yang saya mahukan. Tapi yang lebih penting ialah saya cuba untuk memahami kemahuan diri saya. Dan saya terus berusaha. Tidak putus asa.
Bagaimana melakukannya?Cuba anda lakukan ini.
1. Cari tempat yang agak tenang. Supaya anda boleh fokuskan fikiran anda. Anda mesti tahu anda boleh fokuskan fikiran anda. Tak kisahla kalau anda berada di tengah-tengah KLCC sekali pun, asalkan anda fokus.
2. Lihat objek biru. Lihat dan lihat lagi.
3. Sekarang tutup mata anda, dan mula lihat warna biru, dengan mata yang tertutup itu. Dalam minda anda cuma ada warna biru. Anda nampak pantai yang biru, tenang. Biru.
4. Sekarang fikirkan pula warna putih. Wana putih bersih. Lapangkan lagi fikiran anda.
5. Kemudian bayangkan anda, pada tahun 2012; yakni 5 tahun dari sekarang. Bagaimana agaknya diri anda? Pakaian anda? Wajah anda. Anda berjalan menuju kepada benda yang paling penting dalam hidup anda. Apakah ia? Ingat perkara itu. Bayangkan pula, bagaimana keadaan sekeliling anda?Siapa yang berada di sekitaran anda. Dan terus bayangkan.
6. Setelah anda mengenal pasti keadaan diri anda itu, buka mata anda. Catatkan segala apa yang anda nampak dalam fikirkan tadi. Analisa senarai itu, apa yang anda mahukan, ada di antara perkara-perkara itu.
Dengan ini, anda membawa minda anda ‘bergerak’. Kemudian, bagi arahan ringkas pada minda anda. Apa yang anda benar-benar mahukan. Dan, anda mula berjalan ke arah kejayaan.
KUASA MINDA ANDA
Saya pernah membaca perenggan ini :
We create what we think and what we think sends out a vibration that attracts similar thoughts anda people who share similar thoughts. Think of thoughts as vibrations - that are picked up by the subconcius and the universe and manifested in reality.
Jadi, sebenarnya, apabila anda berterusan tidak tahu apa yang anda mahukan, atau tidak pasti mengenainya, dan tidak mampu menyebutnya bila ada orang bertanyakan pada anda; anda cuma akan membentuk lebih banyak ‘confusion’ dan akan menarik lebih banyak seituasi seumpanya.
Hentikan pemikiran sebegini. Mula fikirkan apa yang anda mahukan. Jadi, anda perlu mula memikirkan apa yang anda mahukan. Mulai saat ini. Fikirkan apa yang anda mahu jadi dalam 5 tahun akan datang, di mana anda, ukir strategi terbaik, berdoa dan bertawakallah setelah berusaha dan lihatlah kekuasaan ALLAH SWT akan menjadikannya realiti. Amin
Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.
Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.
Choice Is Yours.