Archive for June, 2007

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Bertemu sekali lagi! Sebenarnya amat keletihan hari ini, hampir saja berputus asa untuk menulis kali ini. Ada tugasan yang perlu di dahulukan. Komitmen mesti di pegang! :)

Baiklah pada kali ini, saya ingin meneruskan tentang cabaran kejayaan. Halangan. Pada psot sebelumnya, saya menulis mengenai Sikap NeEgatif dan Pemikiran Negatif.

Post kali ini pula amat ringkas, kerana jika anda memahami intipati post sebelum ini, maka post yang ini tidak mendatangkan masalah :) Ia berkenaan dengan pemupukan tabiat.

Anda dan tabiat anda.
Analogi 1
Ada seorang budak, suka makan aiskrim! Aiskrim vanilla. Dari kecil, mak ayah budak ini, sudah ajar dia makan aiskrim. Malah tiap kali dia minta, budak ini pasti dapat aiskrim yang dikehendaki. Tapi dalam pada tu, ada juga aiskrim yang beliau tak suka : mint ! Aiskrim mint ni katanya buat rasa sejuk sangat dan tak selesa.

Bila budak ni dah besar, dia adalah seorang penggila aiskrim. Bukan lagi penggemar. Tapi penggila! Semua jenis aiskrim dia suka. Makan. KEcuali aiskrim mint. Tetap tak suka.

Analogi 2
Abdullah adalah berketurunan Melayu-China. Beliau menetap di Hulu Langat. Membesar dalam persekitaran Melayu, Abdullah sudah sebati dengan adat resam orang Melayu. Malah gayha hidup orang Melayu juga amat di titik beratkan. Dari sudut makanan, semua di makannya. Malahan, petai, jering, pun di makannnya! Tapi ada satu yang Abdullah tak gemar. Yakni durian. Katanya, busuk!

Anda Membentuk Tabiat Anda
Dalam kes pertama, budak itu semasa kecil sudah dilingkungi kepercayaan bahawa aiskrim mint itu tak sedap. Dan terlalu berangin. Malahan, budak itu terus membesar dengan kepercayaan bahawa aiskrim mint tu tak sedap. Jadi apabila sudah besar, dia tetap berpegang kepada kepercayaan itu.

Kes kedua, Abdullah dari kecil tak suka makan durian. Busuk katanya! Tapi Abdullah tidak mempunyai masalah dengan petai, jering! Pelik? Kan ke pertai dan jering lagi berbau? Jika dilihat dari kecil lagi, Abdullah sudah tak mahu mencuba durian, sudah kata durain itu busuk. yang lain semuanya ok. kecuali durian :)

Ringkasnya, penerapan fikiran negatif ( aiskrim mint sejuk , durian busuk ) , itu telah sebati dalam diri mereka. Menjadi pemikiran yang digunakan berulang kali dalam kehidupan mereka. Dan akhirnya menjadi sebahagian daripada tabiat mereka. Menyebabkan akhirnya mereka tak mahu cuba pun durian itu setelah dewasa, dengan kepercayaan durian berbau busuk! Sedangkan sebenarnya ia tidak seteruk itu :)

Cuba anda renungi diri anda. Lihat tabiat-tabiat anda, mengapa ia menjadi tabiat anda? Bukankah asalnya fikiran anda? Dan lihat juga bagaimana anda boleh construct semula pemikiran anda. Ia cuma antara mahu dan tak mahu. Pilihlah :)

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,
Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.
Choice Is Yours.

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Saya tahu, kebanyakan dari anda tertunggu-tunggu apakah agaknya perkara yang nak saya bincangkan kali ini. Kunci seterusnya ke? Atau lagi contoh-contoh?

Pertamanya, kelewatan saya menulis artikel ini, tak perlu lah di panjang lebarkan. Cukup anda memberi fokus kepada tiap intipati yang saya huraikan pada setiap artikel :)

Keduanya, tajuk hari ini berkisar tentang halangan kejayaan.

Halangan kejayaan? Contoh ke? Cara menempuhnya ke? Atau apa?

Beberapa minggu yang lepas, saya telah berkongsi dengan Abg Shueqry bahawasanya saya sedang melakar satu rajah, tentang satu pelaburan. Pelaburan apa? Tentunya bukan skim 5D : Duduk Diam Diam Dapat Duit! Tapi Pelaburan Menuju Kejayaan. Pada akhir siri artikel ini, saya akan menunjukkan kepada anda rajah tersebut :) Bersabar ya!

Hari ini, saya mahu anda refresh minda anda. Imbas kembali beberapa artikel yang pernah saya tuliskan. Bagi sesiapa yang tak pernah lagi membaca siri-siri sebelum ini, bolehlah lakukan sekarang :)

Artikel 1 : Kejayaan Adalah Hak Milik Anda
Artikel 2 : Ketahui Kehendak Anda
Artikel 3 : Menentukan Target Anda
Artikel 4 : Kunci Kejayaan Anda
Artikel 5 : Keberanian dan Kepercayaan
Artikel 6 : Cik Mah Berenang ke mari!
Artikel 7 : Kwok Yan Chee

Sebenarnya, kita sudah sampai di pertengahan siri artikel, dengan saya menganggarkan kita akan menghabiskan siri ini pada bulan ini :)

Mengapa tak saya post kan setiap hari terus? Sebab saya mahukan anda memahami. Tiada gunanya saya menulis jika anda tak amik pusing! :)

Halangan Pertama : Sikap Negatif dan Pemikiran Negatif
Pemikiran Negatif adalah permulaan kepada putus asa. Kata orang, kejayaan lawannya kegagalan. Bagi saya pula, kejayaan lawannya putus asa. Kerana kegagalan itu bukan objektif! Kita boleh anggap kegagalan sebagai tersalah jalan. Bukan?

Maka apa perkara-perkara yang akan membawa kepada putus asa?

Antara yang awalnya, sikap negatif dan pemikiran negatif. Pemikiran negatif menyebabkan anda menghalang diri anda dari mencuba. Menghalang diri anda untuk percaya yang anda pun boleh berjaya! Betul?

Perhatikan saja ayat ini :
‘ Dia tu memang la. mak ayah keluarga bisnes. Memang la pandai niaga!’
‘ Dia tu dari kecik memang selalu masuk acara balapan. No wonderlah dapat menang olahragawan tahunan’
‘ Dia tu mak dia hantar pergi tusyen, sebab tu perekse ok je’
‘ Dia tu kawan dia orang2 bisnes…networking besar, no wonderlah bisnes dia maju..’
‘ Dia tu asyik bisnes2…tapi tk kaya pun? Buang duit je…!’

Dan macam-macam lagi la :) Kesemua ini adalah ayat-ayat biasa yang anda biasa lafazkan tiap hari.

Anda mengiyakan ayat anda
Setiap kali anda mengatakan perkara sedemikian kepada diri anda, anda sebenarnya mengiyakan perkara itu. MEmang dia tu akan pandai berniaga, memang dia tu akan dapat anugerah olahragawan, memang mereka itu cemerlang dalam peperiksaan, akan mempunyia perniagaan yang semakin maju, tapi anda?

Malahan dengan ayat-ayat itu, anda sebenarnya mengikis kemampuan diri anda. Bagaiman terjadi? Anda menyatakan si dia lebih pandai dengan merasakan anda tidak pandai! Apakah itu? Bukankah anda sedang menyemai pemikiran negatif yang bakal menghalang anda dari mencuba?

‘ Dia tu memang la. mak ayah keluarga bisnes. Memang la pandai niaga!’
Dalam diam-diam hati berkata : Tak macam aku, mak ayah aku bukan bisnes ounya orang. Keje gomen je… Pakcik aku pun macam tu gak..

‘Dia tu dari kecik memang selalu masuk acara balapan. No wonderlah dapat menang olahragawan tahunan’

Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni, kaki pendek, lari 100 meter dengan dia, sah la aku kalah.

‘ Dia tu mak dia hantar pergi tusyen, sebab tu perekse ok je’

Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni, perekse dapat no 10 je! Paling baik pun 9. tak macam dia, balik2 muka dia dapat hadiah pelajar terbaik.

‘ Dia tu kawan dia orang2 bisnes…networking besar, no wonderlah bisnes dia maju..’

Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni nak buka mulut bagi bisnes kad pon malu. Segan! Eh bisnes kad aku pun mana ntah letaknya?

‘ Dia tu asyik bisnes2…tapi tk kaya pun? Buang duit je…!’

Dalam diam-diam hati berkata : Aku dulu pernah cuba, tak untung mana, aku tau dia pun macam tu, buang masa je!

Dengan momokan seperti itu, tak peliklah jika anda masih di takuk lama. KEsan bercakap negatif kepada diri anda, sudah saya jelaskan dalam artikel-artikel lepas. Bukan? Cuba cari semula di antara 7 artikel itu.

Konklusi

1. Kenapa nak sibuk dengan orang? Maksud saya, dia tu rajin, dia tu pandai, dia tu itu, dia tu ini. Tapi anda? Di manakah anda? Perlulah anda memfokuskan lebih kepada diri anda dan menganalisa diri anda, untuk KEJAYAAN ANDA. Anda fokus kepada usaha orang, ibarat anda menganalisa diri orang lain, untuk KEJAYAAN ORANG LAIN. KAdang kala, anda perlu : MIND OF YOUR OWN BUSINESS FIRST

2.. Cuba kurangkan berfikiran dan merasakan serta menyalakan rasa negatif dan pemikiran negatif. Sesungguhnya ia kunci utama kepada putus asa. Anda berhak untuk berjaya.

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
http://norakmal.blogspot.com/

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Minggu lepas saya berjanji akan mencari gambar beliau dan akan berkongsikan dengan anda mengenai beliau.

Hari ini alhamdulillah saya dapat menunaikannya :) Beliau yang saya maksudkan bernama : Kwok Yan Chee .

Kwok Yan Chee - Di Majlis Konvokesyen UTM

Saya mengenali beliau dengan nama : Mr Kwok. Masa tahun 2006/2007 saya berkesempatan untuk bekerja satu kumpulan dengan beliau. Pelik?

Sebenarnya, Mr Kwok adalah salah seorang pelajar SPACE UTM, Kuala Lumpur. Ia, tempat saya belajar. Dan kebetulan kami satu kursus :) Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Matematik. Kursus kami ini, boleh di kata double degree, sebab kandungan kursus, 50% masing-masing untuk pendidikan, matematik dan komputer :) Nampak susah.

Dan kadang-kadang memang merasa sesak nafas :) Namun ia tak la sesukar mana. Kerana Mr Kwok sudah melakukannya.

Pada usia 69 tahun, orang lain sedang bersenang lenang di rumah. Bersama anak cucu. Namun Mr Kwok baru menghabiskan pengajian beliau. Adakah itu terlalu lambat? Tidak sama sekali! Pembelajaran adalah proses seumur hidup :) Life going process.

Kalau orang lain ambil masa 4 tahun untuk mendapatkan ijazah, Mr Kwok menghabiskan masa 8 tahun untuk ijazahnya.

Merujuk kepada petikan The Star ,bertarikh 25 March 2007 :

“Learning is my hobby,” said the oldest graduate at the 38th Universiti Teknologi Malaysia convocation in Skudai, near here, yesterday.

“I believe anyone who is constant in the pursuit of success, will surely achieve it,” added Kwok, who took eight years to get his bachelor’s degree in Science, Computer and Education (Mathematics).“I am happy and proud of my achievement,” said the bachelor.

Pemerhatian saya sepanjang dua semester bersama beliau :

1. Beliau melakukannya dengan penuh minat dan kepercayaan bahawa beliau mampu melakukannya

2. Beliau berani! Orang lain dah pencen tak tentu nak sambung belajar kan? Nak berehat kata mereka..Ataupun, takut tak larat, otak dah penat.

3. Beliau amat bersungguh-sungguh dan komited dengan tugasnya. Pernah saya duduk satu kumpulan diskusi dengan beliau semasa di kelas. Dan beliau telah memberi kerjasama yang cukup baik. Nak tahu apa dia? Kami diberikan tugasan berkumpulan. Dan saya dilantik untuk mengedit kerja serta menambah apa yang perlu. Jadi setiap ahli perlu submit pada saya bahan-bahan mereka. Dalam banyak-banyak ahli kumpulan. Cuma Mr Kwok yang hantar pada sya tepat pada masanya, walaupun beliau cuma menggunakan POS MALAYSIA saja :)

Kesimpulan ringkas dari saya, jika MR Kwok yang berusia 69 tahun ketika ini, telah berjaya menggapai impian beliau dengan jayanya, mengapa anda yang masih muda belia tidak boleh? Renung-renungkan :)

Salam Maju Jaya.

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,

Norakmal Jasni

http://norakmal.blogspot.com/

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!
Dua hari lepas saya ada kata, saya akan menulis mengenai usaha gigih dan kejayaan seorang yang sekarang berusia 69 tahun bukan? Ya, dalam dua hari ini, saya mencari-cari gambar beliau, tapi tak jumpa! Memandangkan esok saya akan ke UTM, saya yakin akan memperolehinya di sana:) Jadi kena tunggu lah..
alau bagaimanapun, saya ada kisah lain yang menraik untuk di kisahkan..
Mengenai seorang warga Indonesia yang saya kenali sebagai Cik Mah.
Cik Mah merupakan warga Indonesia. Beliau berkhidmat sebagai pembantu rumah di rumah jiran saya. Sudah lebih 12 tahun beliau di sini. Mencecah 15 tahun saya rasa.
Macam pembantu rumah yang lain, kehadiran beliau nampak biasa saja. Kerja bagus, malahan, sempat lagi mengambil upah kemas rumah orang lain di kawasan ini, secara mingguan :)
Tapi, baru-baru ini, saya baru saja tau mengenai beliau, melalui mak saya :)
Rupa-rupanya, Cik Mah ini adalah ibu tunggal. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang membesar di Indonesia. Anak beliau di jaga oleh mak beliau di Sumatera.
Dalam borak kosong beberapa hari yang lalu, saya tanya pada mak; ‘Mak, Cik Mah tu dah kahwin kan?’
Mak cakap, ya sudah kahwin. Tapi sekarang ibu tunggal. Maka saya tanya, mana suami beliau? Kata mak, suaminya sudah meninggal dunia. Meninggal dunia dalam perjalanan ke Malaysia!
Rupa-rupanya, Cik Mah dan suaminya, datang bersama-sama ke Malaysia. Saya tanya lagi, mereka datang ke mari dengan apa? Bot ke?
Jawab mak, mereka datang dengan tokang. Tapi di tengah-tengah laut, mereka berenang, sampai la ke pantai. Barang-barang semua habis. Sehelai sepinggang. Ini adalah untuk mengelakkan dari di tangkap. Masa itulah, suaminya lemas dan meninggal dunia.
Saya terkejut. Kagum dengan semangat beliau. Dengan usia yang masih muda pada ketika itu, seorang wanita yang baru saja kehilangan suami, dan tak pernah ke mari, mengambil langkah berani dengan mencuba. Beliau perlu yakinkan diri beliau boleh berjaya, beliau kena yakinkan diri beliau akan mendapat kerja.
Pada awalnya, bukanlah mudah untuk Cik Mah mendapat kerja. Dalam jumlah yang ramai, mereka semua berkumpul di agensi pembantu rumah, menunggu orang datang ambil mereka untuk bekerja. Nak tau di mana Cik Mah tidur? Di hujung pintu. Ya! Sebab ramai sangat orang, maka tempat menjadi terhad. Dengan kesejukan, sehelai sepinggang, seorang diri, beliau gagahi kehidupan.
Beliau meneruskan hidup, berani mengambil langkah yang mungkin tak berani di ambil kawan-kawan yang lain.
Dan pada hari ini, Cik Mah adalah seorang pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai. Masakan tidak, majikan beliau kekal mengambilnya sebagai pembantu rumah walaupun selepas 15 tahun! Malahan, majikan berani meninggalkan beliau berhari-hari di rumah seorangan, jika majikannya ada kerja luar.
Kagum? Ya saya kagum. Semangat keberanian Cik Mah patut di contohi. Kalau dia tak berani, maka dia takkan memutuskan untuk ke mari. Jika dia tak berani, dia tak akan terjun dari bot. MUngkin berpatah balik ke Indonesia. Di sebabkan berani, beliau berenang ke mari! Malahan di duga dengan kehilangan suami, beliau tetap memberanikan diri mencari pekerjaan. Dari mana datang keberanian ini? Puncanya, semangat yakin diri :)
Jadi, jika anda ingin masih takut-takut untuk memulakan langkah pertama anda, kenangkan kisah ini. Cik Mah berani! Anda pula? :)
Salam Maju Jaya untuk anda
p.s : Saya benar-benar akan mencari gambar yang saya katakan mengenai seseorang yang berusia 69 tahun ini. Pengalaman bekerjasama dengan beliau, amat berharga buat saya. Dan perlu di kongsikan.
p.s.s : Jangan lupa tinggalkan sebarang pendapat di sini .
Ikhlas,
Dik Mal
Choice is yours.

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Sudah hampir seminggu juga saya tak tulis apa-apa artikel di sini. Ada tugasan yang perlu diselesaikan, dan saya dalam minggu-minggu pembentangan akhir dan juga ujian-ujian di UTM. Ya, saya masih belajar :)

Baiklah, pada hari Khamis yang lalu, saya telah menulis mengenai perkara ini . Macam mana? Semoga anda memahami maksud kepercayaan yang ingin saya sampaikan. Tahniah untuk Abg Shueqry, Kak Tom dan Zool , yang telah memahami maksud artikel itu :) Saya yakin anda juga faham. Cuma segan nak tinggalkan komen rasanya. Hehe.

Hari ini, saya ingin menulis mengenai sesuatu perkara yang penting, setelah anda percaya kepada diri sendiri :) Yakni, KEBERANIAN.

Keberanian mempunyai maksud yang subjektif kepada individu yang berbeza. Secara peribadi, keberanian ibarat kesanggupan untuk memulakan sesuatu bagi saya.

Tanpa kita sedari, keberanian menghiasi kehidupan kita sehari-hari. Bila? Mana?

Semasa bayi, kita memulakan langkahan pertama dengan takut-takut. Bertatih. Mulanya? Kepercayaan. Di susuli? Keberanian :)

Semasa sekolah, kita kena datang latihan rumah sukan. Acara lompat tinggi. Manalah pernah cuba. Kat rumah tak ada :). Tapi kita lompat juga. Mulanya? Kepercayaan. Di susuli? Keberanian.

Semasa dewasa, kita mula mengusung resume dan menghadiri temuduga. Kita tak ada pengalaman, tapi kita pergi juga temuduga. Masuk juga temuduga. Bagaimana? Mulanya kepercayaan. Di susuli keberanian.

Malahan, nak masuk meminang anak dara orang pun, anda gunakan keberanian untuk bertanya! :)

Kalau anda tak berani, makan anda tak akan memulakan langkah anda. Jadi, mulakan langkah anda dengan berani.

Tapi tak semua orang sedar bahawa mereka itu berani.

‘ Aku takut nak pergi temuduga ‘
‘ Aku rendah, macam mana nak lompat tinggi-tinggi? ‘
‘ Aku berkenan kat si dia, tapi macam mana kalau di tolak? ‘
Semua mereka ini tidak tahu bahawa mereka perlu memulakan sesuatu untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Seperti yang anda nampak, asasnya kepercayaan pada diri, keduanya keberanian. Awal-awal lagi sudah tidak percaya pada diri dan tidak berani mencuba.

Yakinlah, cubalah. Dan anda setapak menghampiri kejayaan.

Semoga artikel ringkas ini, membantu anda untuk lebih berusaha. Lebih yakin dan lebih berusaha membetulkan momok-momok yang telah anda lekatkan di minda anda :)

Esok, saya akan kongsikan kisah-kisah keberanian orang-orang di sekeliling saya yang telah mencipta sejarah dan mengapai impian mereka sendiri. Dan salah seorang daripadanya berusia 69 tahun :) Kisah benar ya!

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.
Choice Is Yours.