Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Salam semua, salam sejahtera, salam luar biasa. Pada kala saya menaip artikel ini, saya sedang mendengarkan alunan lagu zapin budi yang di nyanyikan Siti Nurhaliza semasa konsert beliau di Royal Albert Hall London. Saya sukakan alunan zapin Johor. Asyik, geleng2 kepala bak kata Abg Kumbang! :)

Sepanjang minggu lepas, dan juga sepanjang minggu ini saya di asak dengan kerja yang bertimbun-timbun, tetapi saya tetap mahu menulis untuk anda. Walaupun kadang kala terlewat seperti hari ini. Untuk memudahkan anda membaca artikel-artikel ini, tanpa perlu berulang alik untuk memastikan adanya post terbaru, anda bolehlah, subscribe pada blog ini :) terima kasih.

Saya sudah mengalaminya

“Tiada sesiapa pun yang bertanggunjawab kepada diri anda. Tidak ayah, tidak mak, tidak abang kakak mahupun adik, tidak masyarakat dan tidak sekali saya. Anda sendiri bertanggungjawab pada diri anda” -Dik Mal-

Ya artikel hari ini berkenaan dengan pengalaman saya sendiri. Pengalaman yang saya sudah tempuhi. Tapi bukan semua! Segelintir sahaja. Sekelumit kecil sahaja.

Setelah saya menerima pertanyaan demi pertanyaan tentang bagaimana akhirnya saya menulis mengenai motivasi dan pembangunan diri, maka inilah sedikit kisahnya….

Sehingga penghujung tahun 2006, saya masih memikirkan mengapa saya masih tidak dapat, menghasilkan sesuautu yang amat berharga dan memuaskan hati saya sekurang-kurangnya. Kenapa saya tidak mampu menterjemahkan impian dan angan-angan saya, dan kenapa tidak mampu mengapainya? Mengapa saya masih di situ, tidak berganjak dan tidak menjadi lebih baik?Kenapa saya malas dan menjalani kehidupan yang malas, sedih, suram dan tidak bermakna?

Saya mencuba berbagai kerja tetapi masih tidak mendapat hasil yang memuaskan. Kontrak kerja saya di salah satu syarikat Insurans gergasi juga berakhir. Saya cuba cari bermacam-macam kerja, termasuk yang saya fikirkan bersesuaian dengan diri saya. Saya mengikat kontrak sebagai Guru selama 2 bulan. Dan pada saat itu juga, keputusan pelajaran saya mulai goyah. Dan saya terus buntu…

Tapi hati tetap berpegang bahawa, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Saya tetap berpegang dan percaya bahawa jika saya susah, ada orang yang lebih susah dari saya. Malahan sekurang-kurangnya saya tidak merempat dan masih ada tempat berteduh. Saya tetap meneruskan pembacaan motivasi. Berkoyan koyan kata-kata azimat sudah ditelan. Kenapa?

Akhirnya telah membaca beberapa buku motivasi beberapa kali, bergilir-gilir………………………saya tetap di situ. Tetap bertemankan keresahan kenapa lah hidup ku sebegini rupa. Tidak berjaya mencipta sesuatu kejayaan yang memuaskan hati. Tidak sama sekali!

Hari ini adalah permulaan kejayaan anda!

Ringkasnya, jika anda teliti dan jika anda baca artikel yang saya tulis semalam, inilah kesimpulannya, saya cuma memfokuskan kepada persoalan KENAPA, dan bukan BAGAIMANA.

Seumpama juga saya nak berterusan mengenangkan kenapa perkara itu berlaku sebegitu rupa. Dan bukannya cuba mengatasinya. Saya rela memerah otak dan bersedih-sedihan daripada memikirkan bagaimana untuk mendapatkan satu kejayaan.
Saya fokus kepada :
1. Kenapa aku tak dapat kejayaan?Aku dah puas berusaha.
2. Kenapa CGPA aku menurun?

Dan sekiranya anda sudah baca post pada hari JUmaat lepas, saya telah menulis supaya anda memfokuskan kepada BAGAIMANA.

BAGAIMANA,

1. Saya dapat mencipta kejayaan. Jika saya gagal lagi, bagaimana perlu saya menerimanya sebagai sesuatu yang subjektif dan positif?
2. Bagaimana aku dapat membaiki CGPA aku?Mungkin dengan lebih fokus, dan skor lebih dalam carry mark?

Dan jika anda perasan, saya lebih fokus kepada masalah tersebut. Di mana semasa saya bermain dengan perasaan saya, seringkali saya berimaginasi diri saya ditimpa pelbagai kesusahan. Patutlah kemudiannya, keadaan juga semakin teruk!

Dan jika sekiranya saya boleh berimaginasi tentang masalah, kenapa tidak saya berimaginasi tentang penyelesaiannya? Kenapa tidak saya berimaginasi yang saya mendapat kerja yang memuaskan hari saya, saya mendapat anugerah dekan, dan lain-lain?

Cuba renung-renungkan…

Al-Kisahnya
1. Setiap kejayaan yang anda kecapi, sebenarnya boleh mencetuskan keinginan untuk mengapai kejayaan yang lebih baik dan lebih bermakna. Jika hari ini anda adalah kerani, impikan untuk menjadi CEO. Tak ada salahnya!

2. Anda boleh mencapai apa yang anda imaginasikan. Anda ada kebolehan untuk menggambarkan tiap kejayaan anda. Dan ketahuilah kebolehan anda adalah lebih hebat dari mana-mana cabaran yang perlu anda tempuh. You got the power!

3. Akhirnya, ‘Kejayaan Adalah Hak Milik Anda’

Renung-renungkan. Jika saya mampu mengatasi masalah-masalah saya dan menulis pada hari ini. Kenapa tidak anda? Saya juga seperti anda, bermula dengan kosong, ada dua mata, dua telinga, satu hidung juga. Bukannya saya ada dua hidung! Jadi, jika saya boleh, anda juga boleh!

Salam Maju Jaya

‘Kejayaan Adalah Hak Milik Anda’