Fri 25 May 2007
Kisah Tipah Dan Trafik Jem
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
” If you can imagine it, you can achieve it. If you can dream it, you can become it.” William Arthur Ward
“Anda adalah apa yang anda fokuskan” Dik Mal
KISAH BENAR
Saya ada seorang kawan. Kawan saya, namanya Tipah. Tipah adalah seorang gadis yang riang. Beliau seorang yang agresif, bertindak cepat, tapi kadang kala kelam kabut. Ouh, saya sudah mengenali beliau lebih 2 tahun. Dan saya memahami dirinya.
Kisahnya begini. Pada peperiksaan hujung semester pertama, yakni dua tahun yang lepas, Tipah sering kali lambat sampai ke dewan peperiksaan. Jenuh juga saya tertinjau-tinjau dari dalam dewan peperiksaan. Bila peperiksaan dah bermula 20 minit, baru beliau sampai dengan tergesa-gesa.

Selepas habis peperiksaan, saya tanya dia, ‘kenapa lambat?’ Jawabnya, ‘ Jalan jem!’. Dan dia sebenarnya tak nak lambat. Sungguh dia tak nak lambat! Tentulah, kan peperiksaan final! Dan saya nasihatkan beliau supaya tidak lambat lagi. Saya ‘assume’ yang dia sebenaenya TERlewat. Bukan sengaja lewat.
Anda agak, apa yang terjadi?Beliau tetap lewat, setiap kali peperiksaan final. Setiap semester mesti tersangkut dalam trafik jem. Maklum sajalah, jalan di Kuala Lumpur, lepas je 7.00 pagi memang sesak! Dan macam dulu juga, beliau bagi alasan, beliau TERlewat, dan TAK NAK lewat.
Dan begitulah keadaan seterusnya………….
Sehinggalah pada semester ini. Saya mula sedari sesuatu dan menganalisa sesuatu.
Pada keesokan harinya, kira-kira 45 minit lagi sebelum peperiksaan bermula. Saya dah tercatuk di depan pintu dewan. Namun, beliau masih tak sampai lagi. Saya SMS kepadanya. Dan tak lama selepas itu, saya dapat ‘reply msg ‘ darinya. Katanya, ‘ Jalan JEM! Kereta yang abang bawak sangkut kat JEM!Rosak enjin panas!MAcam mana ni???Kenapa la benda macam ni jadi masa nak pergi exam? Kenapa la kereta ni nak rosak????? KEnapa???’
Ouh! Tentu anda perasan, perkataan KENAPA yang terpacul dalam ayat itu. Tapi kerana saya faham sesuatu, maka saya balas mesej beliau kembali : ‘ BAGAIMANA TIpah nak ke UTM?’. Tak lama lepas tu, beliau balas, : ‘TAK TAHU!’
Beliau kehabisan idea. Tak idea langsung! Mujurlah saya bagi beberapa cadangan, dan akhirnya beliau sampai juga tepat-tepat pada masa peperiksaan nak bermula.
APA YANG TERJADI SEBENARNYA?
Tentu anda ‘konfius’, apa yang terjadi sebenarnya? Kedengaran macam cerita orang yang stress sebab tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pada pagi beliau kena pergi peperiksaan akhir semester. Kan?
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang saya ingin ketengahkan di sbelik cerita yang benar-benar berlaku pada saya.
1. Dalam kehidupan, kita mempunyai tabiat, di mana kita suka dan sering kali fokus kepada KENAPA, setiap kali kita berdepan masalah. Contoh dalam kes tadi, Kenapa jalan jem. Kenapa kereta rosak. Kenapa itu, kenapa ini?
Dan kita jarang fokus : BAGAIMANA?
Tips dari saya : Jangan duduk dalam masalah, keluar dan cari penyelesaiannya. Persoalan BAGAIMANA akan membantu anda.
2. Juga kita sering melatih minda kita untuk.fokus kepada masalah. Dalam kes ini, sekali lagi, Tipah fokus kepada kenapa jalan jem, kenapa kereta rosak. Padahal, kita semua memang sedia maklum jalan di Kuala Lumpur memang akan jem pagi-pagi hari.
Dan sebenarnya, itu tidak menyelesaikan masalah anda! Tapi, persoalan BAGAIMANA akan melakukannya.
Minda mudah tertarik pada apa yang kita fokuskan. Jadi, jika anda berdepan masalah, fokuskan penyelesaiannya. Selagi anda fokus pada masalah, selagi itulah, masalah akan datang mencurah-curah.
Jadi, mulailah fokus kepada penyelesaiannya.
Salam Maju Jaya.
May 25th, 2007 at 4:53 am
tadi on d way gi keje jalan jem tapi saya masih boleh tiba sebelum 8.30 pagi.
bagaimana? saya sentiasa amalkan kluar awal iaitu 7.30 pagi.
kalau tak jem perjalanan ke pejabat cuma 1/2 jam saja.
utk 1/2 jam selebihnya tu saya standby utk kemungkinan yg berlaku dijalan raya.
kalau jem sekalipun hati saya masih tetap ceria kerana yakin akan smpai di pejabat sebelum 8.30.
itu cara saya bagaimana nak elak lewat ke pejabat.
May 25th, 2007 at 4:10 pm
Betul tu DikMal. Saya kadang2 mengalami masalah seperti ini bila tiba2 kita ada masalah yang memerlukan kita ke sana dengan segera, kita akan jadi panik dan otak kita terus berkata kenapa la aku ikut jalan ni, kenapa aku tak pergi awal2 tadi…then bila set kat kepala.STOP..Aku kena fikir bagaimana aku boleh ke sana?Ada bas tak,teksi..telefon kawan…Insya-Allah akan dapat penyelesaiannya. Dan lagi satu senyum je masa tengah ada prob camni..hehe
May 26th, 2007 at 1:25 pm
Salam semua,
Maaflah, terlewat balas komen. Ada masalah teknikal sikit
ABg Kumbang,
Betul. Itu juga satu cara bila kita memang dah mula analisa cara atasi. Itu memang jawapan untuk soalan ‘bagaimana nak elakkan lewat’. Betul tak?
Kasyah,
Betul! Kita memang sering fokus pada masalah. Saya juga sering kali macam tu. Itu sebabnya saya menulis hal ini, sebagai panduan anda dan untuk saya juga:) Senyum SOkmolah!~
‘Kejayaan adalah hak milik anda’
May 26th, 2007 at 11:19 pm
bagus aa tulisan ni..
mana dikmal belajar ni?
May 26th, 2007 at 11:21 pm
Salam En AKu
Belajar tulis?Ia berdasarkan pengalaman betul tu. Dicerna menjadi petikan motivasi…
May 27th, 2007 at 10:21 pm
Salam
Takse masalah yang tak boleh selesai..
yang penting pemikiran mesti kreatif.
May 28th, 2007 at 3:26 am
hai..