Wed 23 May 2007
Tentu Anda Tak Tahu - Tahukah Anda?
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
TAHUKAH ANDA, anda dilahirkan dengan kuasa ini tetapi anda tidak pernah belajar untuk menguasainya.
TAHUKAH ANDA, anda ada kuasa MAHA HEBAT, tetapi sayangnya anda tidak pernah menggunakannya!
Ah, tentu sekali ada di antara anda yang akan berkata, ” Ah! Kuasa apa? b agitaulah cepat! Dah tertunggu-tunggu nanti. Bebel aje! :p’
Baiklah, maka TAHUKAH ANDA, bahawa mulai hari ini, anda akan saya pandu, untuk menyelongkar kehebatan kuasa anda? Ya, saya akan tunjukkan anda, cara untuk menguasai kuasa ini. Tentu saja anda beruntung!
Tapi sebelum itu, untuk memastikan anda memperolehinya, subscrivelah ke blog ini. Mana ahu satu hari anda terlupa untuk ke mari, tentunya anda ketinggalan! MUdah saja, isikan ruangan di sebelah kanan atas blog ini. Nah, anda sudah menjadi sebahagian daripada kami
Kuasa Minda Anda
TENTU ANDA TIDAK TAHU, manusia biasa seperti anda, saya dan mereka yang lain, cuma menggunakan 10% daripada minda kita.
TENTU ANDA BARU SEDAR, 90% yang lain tidak pernah anda gunakan secara maksimum.
TENTU ANDA WAS-WAS, bolehkah anda guna minda anda lebih dari itu, tak jadi gila ke??
Dan saya akan kata : Anda boleh memaksimakan otak dan minda anda, lebih dari 10% dan anda tak akan jadi gila!
Saya berpegang pada ungkapan ini,
“Tiada orang yang 100% sempurna, tetapi ada orang yang akan menghampiri kesempuranaan” -Dik Mal-
“Tiada orang yang akan dapat memaksimumkan penggunaan otaknya sehingga 100% tapi mungkin ada orang yang akan guna 99.9% dan kemudiannya muncul sebagai orang yang berjaya ” -Dik Mal-
Minda Sedar dan Minda Separa Sedar Anda.
Ya!Kuasa itulah yang saya maksudkan. Tak lain tak bukan, minda sedar ( CM ) dan separa sedar anda (SCM). Minda, akal anda adalah anugerah terhebat yang dikurniakan kepada anda. Setuju?
Maka, itu juga yang membezakan manusia dan binatang. Jadi, fikirkan, jika anda tidak menggunakan minda, apakah kedudukan anda? Ouh sudah pasti anda faham maksud saya..
Sepanjang hidup kita, kita di ajar dan belajar untuk makan, kita di ajar dan belajar untuk bercakap, kita diajar dan belajar untuk berjalan, membaca, menulis, mengira dan macam-macam lagi. Tapi tak siapa mengajar anda, bagaimana caranya untuk mengawal minda anda, dan memaksimumkan pengunaan minda anda. Setuju?
Oleh itu, saya mengambil peranan ini untuk berkongsi, dalam masa yang sama saya sendiri belajar, bagaimana untuk mengawal minda, memaksimumkan pengunaan minda anda, bagaimana seterusnya mengawal stress, lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, bagaimana membina hubungan yang mantap, menambah keyakinan, bergembira dengan kesihatan yang baik, dan bermacam-macam lagi. Sedaya saya.
Rahsia Terbongkar
Anda tentu kata, ‘Ouh, dah panjang dah tulis, tapi aku masih tak tau rahsianya!’
Ops! Anda tidak fokus. Kerana saya sebenarnya sudah merungkaikan rahsia ini!Semuanya mengenai minda anda. Renung-renungkan.
Jika anda masih tidak faham, boleh email saya : e.norakmal@gmail.com
Salam Maju Jaya untuk semua!
‘Kejayaan Adalah Hak Milik Anda’
p.s : Bagi sesetengah orang yang melihat status gtalk saya semalam, tentu ingin mengetahui apakah kerja gila yang bakal saya umumkan hari ini. Baiklah, saya telah mencabar diri sendiri! Cabaran apa? Bukan cabaran 40 hari. Cabaran baru. Dan jika anda juga mahu menyertai saya, boleh ke sini untuk maklumat lanjut : Pelancaran Kerja Luar Biasa
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!


May 29th, 2007 at 6:14 am
Tahniah kepada anda di atas kerajinan dan kesungguhan anda menulis dalam blog ini. Saya, Muhammad Rozani bin Pawan CHek, penulis buku “Kuasa Minda Separa Sedar” mengucapkan selamat berjaya….Anda sememangnya HEBAT.