Tue 22 May 2007
Perubahan Untuk Semua
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Selamat hari Selasa. Uik? Pelik bunyinya. Sepelik perasaan anda apabila anda melihat layout yang nyata berbeza, susun atur yang baru, dan tentu sekali post di dalam Bahasa Melayu.
Baiklah, setelah saya membiarkan blog ini kosong selama satu hari, kini telah tiba masa saya menjawab persoalan demi persoalan yang timbul di minda anda.
Saya sedang berubah. Berubah apa? Saya merubah 40% daripada perancangan kerja saya, yang melibatkan blog ini. Tentu ada yang tidak faham. Tidak mengapa, cukuplah saya faham kenapa saya melakukannya.
Sepanjang dua minggu lepas, saya cuba mendalami satu perasaan yang timbul di dalam hati dan fikiran saya. Itu semestinya sedikit sebanyak menganggu kerja-kerja saya. Dan secara perlahan-lahan saya menemui jawapan kepada persoalan-persoalan yang wujud dalam fikiran saya.
Masih kabur? Tidak mengapa. Kerana sesungguhnya itu sebahagian dari rahsia saya. Hehe.
Baiklah, secara ringkasnya, inilah antara sebab mengapa anda menjumpai blog ini dalam rupa baru, penulisan Bahasa Melayu dan segalanya tampak baru. Cuma penulisnya masih orang yang sama ya!
Sesungguhnya, kepada sesiapa juga yang mulai pada saat ini menjadi pembaca setia di blog ini, pada sesiapa juga yang membaca artikel ini, pada sesiapa juga yang selama ini setia bersama dengan saya, dan siapa jua anda di luar sana, ketahuilah bahawa pada waktu ini, saya membuat satu deklarasi ke atas perjuangan saya; bahawasanya,
1. Saya akan mula menulis di dalam Bahasa Melayu dalam usaha lebih memahami kehendak ahli masyarakat, dalam usaha memudahkan penyampaian maklumat kepada para pembaca. Saya menerima email-email yang menyatakan bahawa mereka lebih menyukai penulisan di dalam Bahasa Malaysia. Saya cuba memenuhi kehendak anda. Kerana saya telah berikrar pada diri saya untuk memperuntukkan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan.
2. Kedua, saya sendiri mengakui bahawa saya merasai kurang puas dan kadang kala terpaksa merencatkan pengaliran idea saya gara-gara mahu menyampaikan yang termudah kepada anda semua. Diharapkan, dengan penulisan di dalam bahasa ibunda saya, saya lebih bersemangat dan idea saya semakin mudah dikongsikan.
3. Ketiganya, walaupun ini sebab ketiga, ia juga amat penting. Saya merasakan ada perlunya saya meletakkan bahasa ibunda sebagai bahasa utama di blog ini, dalam usaha saya sendiri membawa para pembaca memahami dan mengamalkan apa yang ditulis disini. Saya juga cuba menulis dengan mudah dan praktikal.
4. Keempat, ia adalah terlalu sensitif untuk dikongsikan di sini. Cukuplah saya katakan, ia berkaitan dengan apa yang saya perolehi melalui pembacaan dan perkongsian idea bersama pensyarah dan sahabat-sahabat saya.
Kita harus berhati-hati dalam memacu kejayaan di alaf baru ini. Siapa faham, fahamlah
Demikian sedikit penjelasan mengenai perubahan-perubahan yang berlaku dan anda saksikan di dalam blog ini.
Akhir kata, anda jangan bimbang, jangan khuatir, yang paling penting : teruskan membaca di sini dan mula mempraktiskannya di luar sana. Sekiranya anda takut terlupa untuk kembali membaca di sini, apa kata, terus saja langgan artikel-artikel ini! Anda boleh melakukannya dengan ’subscribe’ , dengan mengisi maklumat yang diperlukan di bahagian atas sebelah kanan blog ini.
Salam Maju Jaya.
p.s : Sebarang kemusykilan, pertanyaan, permasalahan bolehlah dikemukakan kepada saya. Anda akan dilayan secara personal , dan privasi amat diutamakan. Kongsi bersama saya, di : e.norakmal@gmail.com
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

May 22nd, 2007 at 4:00 pm
Asmkm DikMal..how r u? shueqry here.
wow.. Welcome Back!
.. saya amat bersetuju dengan perubahan blog ini, looks better, lebih ceria dan lebih kemas, pastinya membuatkan semua pembacanya..
Lebih bersemangat!
Saya juga suka tajuk baru blog DikMal, Motivasi Kejayaan. Impax, dengan tajuknya Dare To Fail dan Kak Linn dengan Jiwa Mantap, Jiwa Hebat, Hasil Cemerlang.
Irfan pula dengan Motivasi Perniagaan, Zul dengan sumber Inspirasi Bagi Yang Memerlukan,this is the circle of powerful bloggers, available online.
Teruskan menulis, DikMal.
Saya sentiasa menyokong awak, ramai orang diluar sana memerlukan motivasi dan ramai lagi yang tak sedar mereka ada peluang untuk berjaya, bangkit dari kegagalan bahkan berhak memilih untuk berjaya. Dengan adanya motivasi dari DikMal, persepsi tentang kejayaan dapat diubah.
Go DikMal !
- shueqry -
the one of a kind
May 22nd, 2007 at 4:14 pm
Waalaikumsalam..
Wah…kering peluh menunggu reaksi yang pertama..
Terima kasih atas segala sokongan Abg Shueq yang berterusan pada saya. Saya masih menulis kerana mendapat sokongan padu daripada anda semua. Terima kasih banyak-banyak!
‘Kejayaan adalah hak milik anda’
May 22nd, 2007 at 5:06 pm
Assalamualikum DikMal,
Apa khabar DikMal sekarang nih? Diharapkan DikMal sentiasa ok dan sentiasa bermotivasi. Merah menyala blog DikMal, saya setuju dengan saudara Shueqry baru nampak lebih bersemangat..:)
Kalau tak silap DikMal ada mintak pendapat hari tu kan. saya adalah beberapa pendapat untuk memantapkan lagi blog DikMal ni tapi tak semestinya DikMal perlu ikut segala cadangan saya. Apa yang DikMal rasa perlu, baru DikMal laksanakan ok.
Pertama sekali, saya tengok blog DikMal ni ada pengikut yang tersendiri, tahniah saya ucapkan. Kalau bleh DikMal perlu berinteraksi dengan diorang secara live maksud saya kalau bleh DikMal letakkan chatbox pada sidebar blog DikMal. Saya syorkan http://www.shoutmix.com, loading dia pun ok.
Yang kedua,DikMal penah dengar tak tentang BlogCatalog. Kalau bleh DikMal daftarkan blog DikMal ni kat sana untuk dapat lebih exposure ok. BlogCatalog ni lebih kurang sama macam MyBlogLog jugak, check out at http://www.blogcatalog.com
DikMal dah lama ke daftar kat Nuffnang? Bagusla camtu, bleh buat duit sket kan. Saya baru jer dapat first advertiser, memang exited abis. Kalau Dikmal baru daftar, saya ada post pasal pembayaran Nuffnang kat dalam blog saya, kalau senang singgah2 la k.
Rasanya cukup setakat ni saya melalut, saya akan bagi sokongan sepenuhnya kepada DikMal. Satu perkara lagi, kalau boleh saya nak tukar link dengan DikMal, itupun kalau DikMal setuju. Semoga berjaya hidup di dunia dan di akhirat. Assalamualaikum.
Yang benar,
Iskandar
Project AGLOCO
May 23rd, 2007 at 3:05 am
Salam Jidon ISkandar,
Terima kasih atas semua cadangan yang diberikan. Saya akan cuba naik taraf blog ini..sehinggalah bila saya dapat domain dan hosting sendiri
Pertukaran link? Mungkin di blog personal saya. Cuba lihat http://dikmal.wordpress.com ..jika berminat, boleh beritahu saya
Terima kasih sekali lagi..
‘kejayaan adalah hak milik anda’