Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat hari Selasa. Uik? Pelik bunyinya. Sepelik perasaan anda apabila anda melihat layout yang nyata berbeza, susun atur yang baru, dan tentu sekali post di dalam Bahasa Melayu.

Baiklah, setelah saya membiarkan blog ini kosong selama satu hari, kini telah tiba masa saya menjawab persoalan demi persoalan yang timbul di minda anda.

Saya sedang berubah. Berubah apa? Saya merubah 40% daripada perancangan kerja saya, yang melibatkan blog ini. Tentu ada yang tidak faham. Tidak mengapa, cukuplah saya faham kenapa saya melakukannya.

Sepanjang dua minggu lepas, saya cuba mendalami satu perasaan yang timbul di dalam hati dan fikiran saya. Itu semestinya sedikit sebanyak menganggu kerja-kerja saya. Dan secara perlahan-lahan saya menemui jawapan kepada persoalan-persoalan yang wujud dalam fikiran saya.

Masih kabur? Tidak mengapa. Kerana sesungguhnya itu sebahagian dari rahsia saya. Hehe.

Baiklah, secara ringkasnya, inilah antara sebab mengapa anda menjumpai blog ini dalam rupa baru, penulisan Bahasa Melayu dan segalanya tampak baru. Cuma penulisnya masih orang yang sama ya! :)

Sesungguhnya, kepada sesiapa juga yang mulai pada saat ini menjadi pembaca setia di blog ini, pada sesiapa juga yang membaca artikel ini, pada sesiapa juga yang selama ini setia bersama dengan saya, dan siapa jua anda di luar sana, ketahuilah bahawa pada waktu ini, saya membuat satu deklarasi ke atas perjuangan saya; bahawasanya,

1. Saya akan mula menulis di dalam Bahasa Melayu dalam usaha lebih memahami kehendak ahli masyarakat, dalam usaha memudahkan penyampaian maklumat kepada para pembaca. Saya menerima email-email yang menyatakan bahawa mereka lebih menyukai penulisan di dalam Bahasa Malaysia. Saya cuba memenuhi kehendak anda. Kerana saya telah berikrar pada diri saya untuk memperuntukkan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan.

2. Kedua, saya sendiri mengakui bahawa saya merasai kurang puas dan kadang kala terpaksa merencatkan pengaliran idea saya gara-gara mahu menyampaikan yang termudah kepada anda semua. Diharapkan, dengan penulisan di dalam bahasa ibunda saya, saya lebih bersemangat dan idea saya semakin mudah dikongsikan.

3. Ketiganya, walaupun ini sebab ketiga, ia juga amat penting. Saya merasakan ada perlunya saya meletakkan bahasa ibunda sebagai bahasa utama di blog ini, dalam usaha saya sendiri membawa para pembaca memahami dan mengamalkan apa yang ditulis disini. Saya juga cuba menulis dengan mudah dan praktikal.

4. Keempat, ia adalah terlalu sensitif untuk dikongsikan di sini. Cukuplah saya katakan, ia berkaitan dengan apa yang saya perolehi melalui pembacaan dan perkongsian idea bersama pensyarah dan sahabat-sahabat saya. :) Kita harus berhati-hati dalam memacu kejayaan di alaf baru ini. Siapa faham, fahamlah :)

Demikian sedikit penjelasan mengenai perubahan-perubahan yang berlaku dan anda saksikan di dalam blog ini.

Akhir kata, anda jangan bimbang, jangan khuatir, yang paling penting : teruskan membaca di sini dan mula mempraktiskannya di luar sana. Sekiranya anda takut terlupa untuk kembali membaca di sini, apa kata, terus saja langgan artikel-artikel ini! Anda boleh melakukannya dengan ’subscribe’ , dengan mengisi maklumat yang diperlukan di bahagian atas sebelah kanan blog ini.

Salam Maju Jaya.

p.s : Sebarang kemusykilan, pertanyaan, permasalahan bolehlah dikemukakan kepada saya. Anda akan dilayan secara personal , dan privasi amat diutamakan. Kongsi bersama saya, di : e.norakmal@gmail.com