Morning fellows! :)

Today, again no tips and tricks. Today, I paste one short post but need your attention. Copy from Pakdi site –>

[Updated]
Terima kasih kepada blog yang bersama menyuarakan isu ini. Sila buat link kepada blog ini / BicaraJutawan, dan saya akan backlink anda kembali.

[Updated]
BicaraJutawan telah memberi amaran tentang kehadiran skim cepat kaya baik secara offline atau pun online, jauh lebih awal dari fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sila rujuk:

1. Kategori Pendidikan Asas Kewangan
2. Kategori Portfolio Investment

Malah kami telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang seharusnya dibaca oleh semua pengunjung BicaraJutawan, tentang pendirian kami terhadap skim cepat kaya. Sila rujuk:

Selamat Datang ke BicaraJutawan.com

Dari Utusan Malaysia: 37 laman web skim cepat kaya dipantau

“Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan.com

Hai… bila masa pulak BicaraJutawan dan WangCyber offer pelaburan skim cepat kaya kepada pengunjung mereka?

Takpelah, biar diorang siasat dulu.

Kepada pihak yang berkenaan, saya boleh dihubungi melalui admin[at]bicarajutawan.com / 013-3403593 untuk kerjasama siasatan pihak tuan.

Sekian, Terima Kasih.

Perbincangan lain:
1. Utusan Malaysia: Bicarajutawan.com kena pantau?

2. Utusan Malaysia: Wangcyber.com mecurigakan?

p.s. oh ya, untuk mereka yang jarang surf forum BJ, ia adalah forum yang bincang pelbagai isu berkaitan pelaburan dan perniagaan. Dari topik nak menjaja di pasar malam macam mana, buat roti macam mana, tanam cendawan macam mana, bela ikan keli macam mana, nak melabur di Bursa Malaysia macam mana, nak mendaftar syarikat macam mana, nak bela kambing macam mana, pelajar IPT nak berniaga part-time macam mana dan sebagaonya. MANAKALA topik yang mempromosikan program jana wang dan skim cepat kaya tidak dibenarkan dari dulu sampailah sekarang.

Thanks for your attention :)