Archive for May, 2007

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Wah lambat betul hari ini saya update blog ini. Macam mana nak buat, saya tak melekat kat rumah sepanjang hari. Tapi gagahkan diri menulis sesuatu untuk anda di blog ini. Hari ini tiada tips dan artikel, tapi saya nak perkenalkan anda dengan MOTIVATOR yang saya kenali di arena siber ini. Dan mereka yang saya suka baca tulisannya. :)

Antara yang saya maksudkan ialah :
1. Shueqry : http://shueqry.blogspot.com
Tentu anda kenal beliau. Saya amat meminati tulisan beliau, dan saya minat akan personaliti beliau. Amat tenang, itu yang saya dapat kesan, sepanjang saya kenal beliau. Shueqry banyak menulis mengenai minda, LOA, dan NLP. Nak tahu apa tu? Boleh ke blog beliau. Beberapa hari ini, beliau mungkin ada kerja, blog tiada post baru. Tapi! Bahan2 yang sedia ada juga dah banyak membantu sebenarnya :)

2. Blog Sis Linn Comel : http://www.linncomel.com
Sis Linn COmel pula, menulis berkaitan dengan minda separa sedar, motivasi, dan minggu ini sedang menulsi tentang LOA. APa itu LOA? Boleh ke blog beliau juga :)

3. Blog Sis Melur : http://born2bjutawan.blogspot.com
Sis Melur merupakan senior saya. Kami belajar di pusat matrikulasi yang sama, cuma tahun yang berlainan lah! Kami kenal pun. di forum Bicara Jutawan ( www.bicarajutawan.com )

4. Blog Zul Smartusaha : http://blog.smartusaha.com
Tentu sekali anda kenal beliau! Penulisan beliau amat berkesan dan mantap. Setiap hari saya ke sana. Walaupun tak selalu post komen, saya tetap akan baca :)

5. Blog Irfan Khairi : www.irfankhairi.com
Ini blog idola saya. Saya belajar dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya di sana :)

Selamat melawat blog mereka. Ouh ya, terlupa pula saya! Saya dalam proses menulis satu artikel yang panjang dan bersiri, mungkin melibatkan seminggu lebih. Dan akan di paparkan di sini. Di harapkan anda stay tune, untuk bacaan itu. Sebelum itu, saya ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada Abg Shueqry, sebab beliau banyak membantu saya mengedit artikel terbabit. Thanks a lot!

Sampai jumpa lagi. Sayonara.

Salam Maju Jaya

p.s : Nama-nama yang saya tulis adalah yang paling kerap sy kunjungi. InsyaALLAH lain kali saya update yang lain lagi:)

p.s.s : Terima kasih kepada En Mohd Rozani Pawan CHek, penulis buku Kuasa MInda Separa Sedar atas sokongan anda kepada blog ini. Semoga anda juga terus melakar kejayaan! :) Saya peminat penulisan anda. Untuk anda semua, saya jemput anda ke blog beliau di sini : http://kuasamindaseparasedar.blogspot.com

‘Kejayaan Adalah Hak Milik Anda’

Ikhlas,
Dik Mal

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Salam semua, salam sejahtera, salam luar biasa. Pada kala saya menaip artikel ini, saya sedang mendengarkan alunan lagu zapin budi yang di nyanyikan Siti Nurhaliza semasa konsert beliau di Royal Albert Hall London. Saya sukakan alunan zapin Johor. Asyik, geleng2 kepala bak kata Abg Kumbang! :)

Sepanjang minggu lepas, dan juga sepanjang minggu ini saya di asak dengan kerja yang bertimbun-timbun, tetapi saya tetap mahu menulis untuk anda. Walaupun kadang kala terlewat seperti hari ini. Untuk memudahkan anda membaca artikel-artikel ini, tanpa perlu berulang alik untuk memastikan adanya post terbaru, anda bolehlah, subscribe pada blog ini :) terima kasih.

Saya sudah mengalaminya

“Tiada sesiapa pun yang bertanggunjawab kepada diri anda. Tidak ayah, tidak mak, tidak abang kakak mahupun adik, tidak masyarakat dan tidak sekali saya. Anda sendiri bertanggungjawab pada diri anda” -Dik Mal-

Ya artikel hari ini berkenaan dengan pengalaman saya sendiri. Pengalaman yang saya sudah tempuhi. Tapi bukan semua! Segelintir sahaja. Sekelumit kecil sahaja.

Setelah saya menerima pertanyaan demi pertanyaan tentang bagaimana akhirnya saya menulis mengenai motivasi dan pembangunan diri, maka inilah sedikit kisahnya….

Sehingga penghujung tahun 2006, saya masih memikirkan mengapa saya masih tidak dapat, menghasilkan sesuautu yang amat berharga dan memuaskan hati saya sekurang-kurangnya. Kenapa saya tidak mampu menterjemahkan impian dan angan-angan saya, dan kenapa tidak mampu mengapainya? Mengapa saya masih di situ, tidak berganjak dan tidak menjadi lebih baik?Kenapa saya malas dan menjalani kehidupan yang malas, sedih, suram dan tidak bermakna?

Saya mencuba berbagai kerja tetapi masih tidak mendapat hasil yang memuaskan. Kontrak kerja saya di salah satu syarikat Insurans gergasi juga berakhir. Saya cuba cari bermacam-macam kerja, termasuk yang saya fikirkan bersesuaian dengan diri saya. Saya mengikat kontrak sebagai Guru selama 2 bulan. Dan pada saat itu juga, keputusan pelajaran saya mulai goyah. Dan saya terus buntu…

Tapi hati tetap berpegang bahawa, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Saya tetap berpegang dan percaya bahawa jika saya susah, ada orang yang lebih susah dari saya. Malahan sekurang-kurangnya saya tidak merempat dan masih ada tempat berteduh. Saya tetap meneruskan pembacaan motivasi. Berkoyan koyan kata-kata azimat sudah ditelan. Kenapa?

Akhirnya telah membaca beberapa buku motivasi beberapa kali, bergilir-gilir………………………saya tetap di situ. Tetap bertemankan keresahan kenapa lah hidup ku sebegini rupa. Tidak berjaya mencipta sesuatu kejayaan yang memuaskan hati. Tidak sama sekali!

Hari ini adalah permulaan kejayaan anda!

Ringkasnya, jika anda teliti dan jika anda baca artikel yang saya tulis semalam, inilah kesimpulannya, saya cuma memfokuskan kepada persoalan KENAPA, dan bukan BAGAIMANA.

Seumpama juga saya nak berterusan mengenangkan kenapa perkara itu berlaku sebegitu rupa. Dan bukannya cuba mengatasinya. Saya rela memerah otak dan bersedih-sedihan daripada memikirkan bagaimana untuk mendapatkan satu kejayaan.
Saya fokus kepada :
1. Kenapa aku tak dapat kejayaan?Aku dah puas berusaha.
2. Kenapa CGPA aku menurun?

Dan sekiranya anda sudah baca post pada hari JUmaat lepas, saya telah menulis supaya anda memfokuskan kepada BAGAIMANA.

BAGAIMANA,

1. Saya dapat mencipta kejayaan. Jika saya gagal lagi, bagaimana perlu saya menerimanya sebagai sesuatu yang subjektif dan positif?
2. Bagaimana aku dapat membaiki CGPA aku?Mungkin dengan lebih fokus, dan skor lebih dalam carry mark?

Dan jika anda perasan, saya lebih fokus kepada masalah tersebut. Di mana semasa saya bermain dengan perasaan saya, seringkali saya berimaginasi diri saya ditimpa pelbagai kesusahan. Patutlah kemudiannya, keadaan juga semakin teruk!

Dan jika sekiranya saya boleh berimaginasi tentang masalah, kenapa tidak saya berimaginasi tentang penyelesaiannya? Kenapa tidak saya berimaginasi yang saya mendapat kerja yang memuaskan hari saya, saya mendapat anugerah dekan, dan lain-lain?

Cuba renung-renungkan…

Al-Kisahnya
1. Setiap kejayaan yang anda kecapi, sebenarnya boleh mencetuskan keinginan untuk mengapai kejayaan yang lebih baik dan lebih bermakna. Jika hari ini anda adalah kerani, impikan untuk menjadi CEO. Tak ada salahnya!

2. Anda boleh mencapai apa yang anda imaginasikan. Anda ada kebolehan untuk menggambarkan tiap kejayaan anda. Dan ketahuilah kebolehan anda adalah lebih hebat dari mana-mana cabaran yang perlu anda tempuh. You got the power!

3. Akhirnya, ‘Kejayaan Adalah Hak Milik Anda’

Renung-renungkan. Jika saya mampu mengatasi masalah-masalah saya dan menulis pada hari ini. Kenapa tidak anda? Saya juga seperti anda, bermula dengan kosong, ada dua mata, dua telinga, satu hidung juga. Bukannya saya ada dua hidung! Jadi, jika saya boleh, anda juga boleh!

Salam Maju Jaya

‘Kejayaan Adalah Hak Milik Anda’

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

” If you can imagine it, you can achieve it. If you can dream it, you can become it.” William Arthur Ward

“Anda adalah apa yang anda fokuskan” Dik Mal

KISAH BENAR

Saya ada seorang kawan. Kawan saya, namanya Tipah. Tipah adalah seorang gadis yang riang. Beliau seorang yang agresif, bertindak cepat, tapi kadang kala kelam kabut. Ouh, saya sudah mengenali beliau lebih 2 tahun. Dan saya memahami dirinya.

Kisahnya begini. Pada peperiksaan hujung semester pertama, yakni dua tahun yang lepas, Tipah sering kali lambat sampai ke dewan peperiksaan. Jenuh juga saya tertinjau-tinjau dari dalam dewan peperiksaan. Bila peperiksaan dah bermula 20 minit, baru beliau sampai dengan tergesa-gesa.
Selepas habis peperiksaan, saya tanya dia, ‘kenapa lambat?’ Jawabnya, ‘ Jalan jem!’. Dan dia sebenarnya tak nak lambat. Sungguh dia tak nak lambat! Tentulah, kan peperiksaan final! Dan saya nasihatkan beliau supaya tidak lambat lagi. Saya ‘assume’ yang dia sebenaenya TERlewat. Bukan sengaja lewat.
Anda agak, apa yang terjadi?Beliau tetap lewat, setiap kali peperiksaan final. Setiap semester mesti tersangkut dalam trafik jem. Maklum sajalah, jalan di Kuala Lumpur, lepas je 7.00 pagi memang sesak! Dan macam dulu juga, beliau bagi alasan, beliau TERlewat, dan TAK NAK lewat.
Dan begitulah keadaan seterusnya………….
Sehinggalah pada semester ini. Saya mula sedari sesuatu dan menganalisa sesuatu.
Pada keesokan harinya, kira-kira 45 minit lagi sebelum peperiksaan bermula. Saya dah tercatuk di depan pintu dewan. Namun, beliau masih tak sampai lagi. Saya SMS kepadanya. Dan tak lama selepas itu, saya dapat ‘reply msg ‘ darinya. Katanya, ‘ Jalan JEM! Kereta yang abang bawak sangkut kat JEM!Rosak enjin panas!MAcam mana ni???Kenapa la benda macam ni jadi masa nak pergi exam? Kenapa la kereta ni nak rosak????? KEnapa???’

Ouh! Tentu anda perasan, perkataan KENAPA yang terpacul dalam ayat itu. Tapi kerana saya faham sesuatu, maka saya balas mesej beliau kembali : ‘ BAGAIMANA TIpah nak ke UTM?’. Tak lama lepas tu, beliau balas, : ‘TAK TAHU!’

Beliau kehabisan idea. Tak idea langsung! Mujurlah saya bagi beberapa cadangan, dan akhirnya beliau sampai juga tepat-tepat pada masa peperiksaan nak bermula.
APA YANG TERJADI SEBENARNYA?
Tentu anda ‘konfius’, apa yang terjadi sebenarnya? Kedengaran macam cerita orang yang stress sebab tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pada pagi beliau kena pergi peperiksaan akhir semester. Kan?
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang saya ingin ketengahkan di sbelik cerita yang benar-benar berlaku pada saya.
1. Dalam kehidupan, kita mempunyai tabiat, di mana kita suka dan sering kali fokus kepada KENAPA, setiap kali kita berdepan masalah. Contoh dalam kes tadi, Kenapa jalan jem. Kenapa kereta rosak. Kenapa itu, kenapa ini?
Dan kita jarang fokus : BAGAIMANA?

Tips dari saya : Jangan duduk dalam masalah, keluar dan cari penyelesaiannya. Persoalan BAGAIMANA akan membantu anda.
2. Juga kita sering melatih minda kita untuk.fokus kepada masalah. Dalam kes ini, sekali lagi, Tipah fokus kepada kenapa jalan jem, kenapa kereta rosak. Padahal, kita semua memang sedia maklum jalan di Kuala Lumpur memang akan jem pagi-pagi hari.
Dan sebenarnya, itu tidak menyelesaikan masalah anda! Tapi, persoalan BAGAIMANA akan melakukannya. :)
Minda mudah tertarik pada apa yang kita fokuskan. Jadi, jika anda berdepan masalah, fokuskan penyelesaiannya. Selagi anda fokus pada masalah, selagi itulah, masalah akan datang mencurah-curah.
Jadi, mulailah fokus kepada penyelesaiannya.

Salam Maju Jaya.

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

TAHUKAH ANDA, anda mempunyai kebolehan dan kuasa yang anda sendiri tak sedar akan kewujudannya.
TAHUKAH ANDA, anda dilahirkan dengan kuasa ini tetapi anda tidak pernah belajar untuk menguasainya.

TAHUKAH ANDA, anda ada kuasa MAHA HEBAT, tetapi sayangnya anda tidak pernah menggunakannya!
Ah, tentu sekali ada di antara anda yang akan berkata, ” Ah! Kuasa apa? b agitaulah cepat! Dah tertunggu-tunggu nanti. Bebel aje! :p’
Baiklah, maka TAHUKAH ANDA, bahawa mulai hari ini, anda akan saya pandu, untuk menyelongkar kehebatan kuasa anda? Ya, saya akan tunjukkan anda, cara untuk menguasai kuasa ini. Tentu saja anda beruntung!

Tapi sebelum itu, untuk memastikan anda memperolehinya, subscrivelah ke blog ini. Mana ahu satu hari anda terlupa untuk ke mari, tentunya anda ketinggalan! MUdah saja, isikan ruangan di sebelah kanan atas blog ini. Nah, anda sudah menjadi sebahagian daripada kami :)

Kuasa Minda Anda
TENTU ANDA TIDAK TAHU, manusia biasa seperti anda, saya dan mereka yang lain, cuma menggunakan 10% daripada minda kita.

TENTU ANDA BARU SEDAR, 90% yang lain tidak pernah anda gunakan secara maksimum.
TENTU ANDA WAS-WAS, bolehkah anda guna minda anda lebih dari itu, tak jadi gila ke??
Dan saya akan kata : Anda boleh memaksimakan otak dan minda anda, lebih dari 10% dan anda tak akan jadi gila!

Saya berpegang pada ungkapan ini,

“Tiada orang yang 100% sempurna, tetapi ada orang yang akan menghampiri kesempuranaan” -Dik Mal-

“Tiada orang yang akan dapat memaksimumkan penggunaan otaknya sehingga 100% tapi mungkin ada orang yang akan guna 99.9% dan kemudiannya muncul sebagai orang yang berjaya ” -Dik Mal-

Minda Sedar dan Minda Separa Sedar Anda.
Ya!Kuasa itulah yang saya maksudkan. Tak lain tak bukan, minda sedar ( CM ) dan separa sedar anda (SCM). Minda, akal anda adalah anugerah terhebat yang dikurniakan kepada anda. Setuju?

Maka, itu juga yang membezakan manusia dan binatang. Jadi, fikirkan, jika anda tidak menggunakan minda, apakah kedudukan anda? Ouh sudah pasti anda faham maksud saya..
Sepanjang hidup kita, kita di ajar dan belajar untuk makan, kita di ajar dan belajar untuk bercakap, kita diajar dan belajar untuk berjalan, membaca, menulis, mengira dan macam-macam lagi. Tapi tak siapa mengajar anda, bagaimana caranya untuk mengawal minda anda, dan memaksimumkan pengunaan minda anda. Setuju?

Oleh itu, saya mengambil peranan ini untuk berkongsi, dalam masa yang sama saya sendiri belajar, bagaimana untuk mengawal minda, memaksimumkan pengunaan minda anda, bagaimana seterusnya mengawal stress, lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, bagaimana membina hubungan yang mantap, menambah keyakinan, bergembira dengan kesihatan yang baik, dan bermacam-macam lagi. Sedaya saya.

Rahsia Terbongkar
Anda tentu kata, ‘Ouh, dah panjang dah tulis, tapi aku masih tak tau rahsianya!’

Ops! Anda tidak fokus. Kerana saya sebenarnya sudah merungkaikan rahsia ini!Semuanya mengenai minda anda. Renung-renungkan.

Jika anda masih tidak faham, boleh email saya : e.norakmal@gmail.com

Salam Maju Jaya untuk semua!

‘Kejayaan Adalah Hak Milik Anda’

p.s : Bagi sesetengah orang yang melihat status gtalk saya semalam, tentu ingin mengetahui apakah kerja gila yang bakal saya umumkan hari ini. Baiklah, saya telah mencabar diri sendiri! Cabaran apa? Bukan cabaran 40 hari. Cabaran baru. Dan jika anda juga mahu menyertai saya, boleh ke sini untuk maklumat lanjut : Pelancaran Kerja Luar Biasa

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Salam Kejayaan untuk semua!

Apa khabar semua pembaca? Sejak semalam, saya mula mendapat respon-respon positif dari para pembaca dan sahabat-sahabat. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.
Baiklah pada hari ini, saya nak berkongsi satu pepatah orang dulu-dulu. Tentu anda pernah dengar ayat ini bukan?
Buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Apa yang sebenarnya anda dapat fahami dari pepatah ini?Pastinya, kebanyakan jawapan anda akan berbuyi :
‘ Eh tentulah aku tau, kalau aku buat baik, nanti orang lain buat baik pada aku!’
‘ Orang jahat memang akan di balas jahat, paling tak pun nanti, jatuh longkang ke…padan muka orang jahat.’
‘ Buat baik memang bagus, dapat kebaikan, pahala, buat jahat? Susahlah hidup nanti..’

Saya pula akan berkata : Berbuatlah baik pada mereka yang memerlukan, buat baik tak perlu minta balasan, balasan akan diberikan di akhirat kelak. Buat jahat perlu dihindar. Bagi yang beragama Islam, kita sepatutnya mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Semoga anda semua selalu berbuat baik tanpa memikirkan balasan, sebab kalau asyik minta balasan, tentunya timbul ketidakikhlasan di hati bukan? :) Tepuk dada tanya selera.

Sebenarnya, tujuan saya menulis mengenai pepatah ini adalah untuk membawa anda untuk mengenali seseorang ini. Saya kenali seseorang ini dengan panggilan Adik Qistina. Adik Qistina juga mempunyai website sendiri, http://www.qistina.org

Jika anda masih belum mengetahui kisah disebaliknya, maka saya sarankan anda membuka website milik Adik Qistina.

Comel kan gambar di atas ini? Ini merupakan gambar Adik Qistina yang saya kisahkan. Untuk pengetahuan mereka yang masih belum buka website milik Adik Qistina, berikut adalah sedikit maklumat mengenai Adik comel ini :

Nama Penuh : Nuur Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz
Tarikh Lahir : 28 Oktober 2006
Umur : 6 bulan
Jantina : Perempuan
Berikut adalah petikan dari website tersebut :

Nur Qistina Hayani is suffering from liver cancer ( hepatoblastoma ). What can a 6 months baby knows about this disease. She is right now going through the Chemotherapy process. The costs for Chemotherapy and Surgery will takes around RM 100,000.00 ( Ringgit Malaysia One Hundred Thousands). She looks very healthy from the outside and for sure she does not understands what she is going through! We need your help to donate to us so we can help Qistina to live happily as any other childrens!

Dr. Lin Hai Peng Supporting Letter

Click picture above to enlarge

8/5/07 To Whom it may concern …

This is to confirm that the above infant is suffering from Hepatoblastoma for which she needs

1 ) Chemotheraphy - 8 cyles and
2 ) Surgery

Adik Qistina telah disahkan menghidapai HEPATOBLASTOMA, sejenis barah hati. Bayi kecil ini memerlukan bantuan anda semua. Saya menyeru kepada rakan-rakan semua untuk membantu sedaya yang mampu agar bayi comel ini akan dapat membesar sebagaimana anak-anak yang lain.

Sekiranya kita boleh keluarkan wang untuk pelaburan-pelaburan online, offline, termasuklah skim-skim cepat kaya, atau apa saja,apa kata kita bantu Adik Qistina. Walaupun RM1, anda tetap meringankan beban keluarganya. Untuk maklumat lanjut : http://www.qistina.org .

Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Dan ingat juga! Buat baik tak perlu balasan apa-apa. Balasannya sudah sedia menanti di akhirat sana.

Salam Maju Jaya untuk semua!

p.s : Jika anda ada sebarang pertanyaan, pandangan, ulasan mahupun permasalahan, kemukakan kepada kami di e.norakmal@gmail.com . Privasi anda diutamakan.