Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni Dik Mal tk dapat nk tulis panjang-panjang kerana amat sibuk..Jadi tinggalkan 7 tips ini untuk sama2 difikirkan dan direnungkan..Tips ni Dik Mal tulis dlm satu buku kecil yg mmg jadi buku catitan Dik Mal..selamat berfikir!

  1. Putuskan apa yang anda mahu dalam pelbagai bidang dan kehidupan yang dibuat secara spesifik.
  2. Tulis dengan jelas dan terperinci serta sasarkan tarikh tempoh sasaran yang ingin anda capai.
  3. Pecahkan tempoh pencapaian kepada beberapa tarikh penting dan pastikan ia juga ditulis dengan senarai apa yang anda fikirkan bleh buat, idea baru dan perancangan untuk mencapai idea itu.
  4. Ambil kira segala idea penting tadi dimasukkan dalam perancangan yang terperinci mengikut turutan dan keutamaan.
  5. Lihat semula segala matlamat yang itu setiap hari untuk memastikan ia adalah matlamat terpenting anda.
  6. Tentunya anda akan mendapati matlamat itu akan bertambah atau juga berubah seiring dengan peredaran semasa.
  7. Langkah ini juga dapat mengenal beberapa matlamat yang dirasakan tidak penting untuk dipadam daripada senarai mengikut keperluan semasa.

Dan Dik Mal kongsikan sepotong ayat dari seorang sahabat. Katanya jika anda ingin memulakan sesuatu, tetapi anda tidak tahu ingin bermula di mana, anda cuma perlu duduk dan perhatikan. Mulakan dengan memerhati. Dan catit setiap yang anda rasakan potensi dan cuba kaji.

Selamat mencuba!~