Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lambat lagi posting hari ni.Maklumlah pagi-pagi bangun kena la buat apa yang patut dulu. Pastu cek email. Lately bertukar2 idea dengan sorang kawan baru dari SIngapore. Mana la tau boleh buat JV. Hehehe:)

Ops!Sebelum Dik Mal terlupa. Terima kasih untuk SmartZul yang ada bagi komen kat blog Dik Mal. Terima kasih banyak-banyak.

Ok back to the topic!~


You can determine what you want. You can decide on your major objectives, targets, aims dan destinations.

-W.CLEMENT STONE-

Anda boleh tentukan apa anda mahukan. Anda boleh fikirkan objektif anda, target anda, dan kesudahannya.

Anda yang bawa diri anda ke mana. Kalau anda gagal. Anda juga lah yang bawa diri anda gagal!:) Bunyi menakutkan je.Apa lah Dik Mal ni cerita pasal gagal. Bagi lah yang positif sikit. Tapi itulah realitinya. Ramai orang gagal sebab diri dia sendiri. Tapi apa yang lebih penting apa yang anda buat untuk betulkan balik kegagalan yang anda cipta!~

Dik Mal amik contoh subjek Matematik la. Masa sekolah dulu-dulu. Kalau anda gagal matematik. Anda salahkan cikgu. Anda salahkan kertas periksa. Soalan susah sangat. Tak ikut piawai. Tapi pernah tak anda salahkan diri sendiri sebab, anda sendiri tak buat lebih latihan. Dah la gagal sekali. Tak amik inisiatif untuk TIDAK GAGAL LAGI!~ Macam mana yer? :)

DIk Mal cuma bercakap atas pengalaman dan rasa ingin berkongsi. Bukanlah pakar motivasi pulak. Jadi ambil lah yang perlu, bukannya terima bulat-bulat pula.!~ :)

Tapi di sebalik cerita gagal dan kisah2 kegagalan ini. Dik Mal kongsi sesuatu yang lebih menyegarkan.!

Selalu lah gambarkan diri anda sebagai orang yang berjaya. Sebagai yangterbaik dalam bidang anda. Sebagai individu yang menerima bayaran dan pulangan untung paling tinggi dalam bidang anda.

Modelkan diri anda sebagai orang yang paling tinggi mendapat pulangan [untung] dalam industri anda. Letakkan diri anda sebaris dengan mereka yang dah berjaya. Kesannya besar pada minda bawah sedar kita. Anda perlu ingat.minda bawah sedar kita, bekerja 24 jam sehari baik masa kita tidur mahupun masa kita jaga.

Berjalanlah, bercakaplah, dan berhadapanlah dengan orang lain seperti anda adalah ” entrepreneur supestar!”

Anda sedang berkata YES pada diri anda.Teruskan.Tiada batasnya.

Semasa Dik Mal mula-mula menceburkan diri dalam dunia siber dan perniagaan internet ini. DIk Mal banyak amik buku-buku motivasi sebagai makanan dalaman. Untuk bentuk semangat. Maklumlah, saya bekerja seorangan. Tak ada partner. Jadi kena selalu kuatkan semangat.

Hinggakan, saya lukis gambar diri saya, dalam diari saya. Muka surat pertama. Gambar saya sebagai “entrepreneur superstar!”

Bila-bila buka diari, pasti nampak gambar tu. Dan semangat kembali berkobar. Sebab, gambar tu lah Dik Mal dalam satu jangka masa nanti:)