Fri 16 Feb 2007
Saya Suka Awak
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Tahukah anda, anda mempunyai kuasa minda yang tidak terbatas. Anda mampu menyatakan ia pada tiap detik yang anda mahukan. Dan jika anda menyatakan ia dengan bersungguh,anda akan memperolehinya!Malahan, sering juga saya baca di dalam buku-buku motivasi dan buku-buku perniagaan yang menyatakan bahawa anda sebenarnya akan menjadi seperti apa yang anda benar-benar fikirkan.
[you become what you think about most of the time]
Sedarkah anda akan kenyataan itu? Penjelasan?
Orang yang gembira,selalu memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan. Orang yang berjaya, memikirkan perkara-perkara yang akan menjayakan angannya. Orang kaya akan memikirkan tentang kekayaan mereka. Dan kerapnya, mereka menjadi seperti apa yang mereka fikirkan!
Ringkasnya, anda menjadi seperti apa yang anda ucapkan kepada diri anda!
Mereka yang berjaya sebenarnya amat mengawal motivasi dalaman mereka. Mereka gunakan ayat-ayat, perkataan-perkataan positif kepada diri mereka sendiri setiap hari.
Anda sendiri tentu akui, kata-kata semudah : SAYA SUKA DIRI SAYA! Amat membantu menaikkan keyakinan diri anda. Jika anda mengungkapkan ayat positif seperti ini setiap hari pada diri anda, anda akan menyebabkan perubahan secara kimia pada pemikiran anda. Bahagian kimianya tak perlu lah Dik Mal ceritakan, nanti jadi kelas kimia pula
Lebih banyak anda bercakap positif, lebih konfiden anda dan lebih dekat anda menghampiri matlamat anda
Cuba saja ayat yang mudah. Contohnya seperti dalam blog Dik Mal ini.
Saya suka kerja saya.
Saya suka diri saya.
Saya suka Norakmal Jasni.
Kongsikan bersama ayat-ayat positif anda! Ilmu itu semakin kaya jika dikongsi bersama! ![]()
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

December 8th, 2008 at 9:10 pm
erm,saya sedikit termotivasi dengan apa yang anda utarakan tadi…sebelum saya membuka page ini saya rasa rendah diri sangat…namun setelah saya membacanya,tahap motivasi dalam diri saya kembali bertambah semula…kata-kaat anda amat berkesan…