Mon 8 Jun 2009
Kepercayaan Anda Memungkinkan Segala Yang Mustahil
Posted by Norakmal Jasni under Buku Motivasi, Fokus Minda, Inspirasi Motivasi, Kata Kata Motivasi, Motivasi 5 Minit, Motivasi Diri, Ucapan Motivasi, Video Motivasi
[4] Comments
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Lewat malam tadi, saya beroleh satu bukti yang semakin mengukuhkan kepercayaan saya bahawa sistem kepercayaan yang kita bina di dalam diri kita, boleh memungkinkan segala yang mustahil. Cerita ini adalah kisah benar yang saya lalui malam tadi, dan berharap ia menjadi iktibar.
Malam tadi, lewa ja 12.30 minit malam, ketika itu saya sudah tidur. Tiba-tiba menerima panggilan telefon dari makcik saya (tinggal di kawasan perumahan yang sama, fasa berbeza). Katanya, kesakitan gigi yang beliau alami semakin teruk, dan tanya jika ada apa-apa yang boleh beliau lakukan agar kesakitan ini dapat dikurangkan.
Untuk pengetahuan anda, bengkak gusi ini sudah beliau alami lebih seminggu. Dengan bantuan ubat tahan sakit yang diberikan klinik gigi, sakit itu berkurang. Tetapi kebetulan ubat itu telah habis, jadi malam tadi bila nak tidur, sebaik sahaja berbaring, rasa sakit itu menyerang kembali. Kesakitan itu tidaklah pada bahagian gigi atau gusi, tetapi menjalar naik hingga ke telinga. Hingga menyebabkan pendengaran makcik saya berkurangan. Erti kata lain, beliau tidak dapat mendengar langsung malam tadi bila kesakitan itu memuncak.
Setelah kami berikan tips (urut refleksi berpandukan buku) untuk mengurangkan kesakitan itu, masih tidak menjadi. Makcik saya cuma tinggal berdua bersama anak perempuannya yang masing-masing masih bersekolah. Jadi, ayah dan mak saya berkeputusan untuk menjenguk beliau di rumah, memandangkan beliau menangis-nangis ketika menghubungi keluarga kami.
Dalam fikiran saya, sakitnya tadi sudah berhentakan kaki. Ya, sebab dari perbualan telefon macam teruk sangat kondisinya. Tapi kemudian saya lihat makcik saya duduk di atas lantai menahan kesakitan. Memang jelas sakit benar. Lantas ayah duduk di hadapannya. Ayah tanya pada anak gadisnya, jika sudah mengurut jari kaki dan tangan seperti yang ayah sarankan. Katanya, dia tekan pada bahagian itu tapi tidak berkurang apa.
Lantas ayah pun mula mengurut bahagian tangan dan ibu jari kaki makcik saya itu. Dengan izin ALLAH, sakitnya berkurangan. Bila diteruskan lagi, bukan saja sakitnya berkurangan sikit, malah sendawa pula makcik saya (angin).
Hari ini makcik saya ke klinik gigi untuk rawatan lanjut. Saya pulang ke rumah lewat jam 2 pagi. Pening juga kepala jadinya.Hehe
Apa pengajarannya kali ini? Saya selalu memantau ahli keluarga di sekeliling saya. Bagi saya, dari situ saya boleh pelajari banyak sifat manusia, terutamanya yang berkaitan dengan kepercayaan diri. Seperti makcik saya, walaupun sudah di ajarkan satu persatu cara untuk mengurut tangan dan jari kakinya, namun ia tidak menjadi. Namun, apabila ayah saya tiba, dan mengurutnya. Ia menjadi. Kenapa? saya yakin makcik saya mempercayai bahawa ayah saya mampu mengubatnya, walaupun ayah saya bukanlah seorang tukang urut. Adalah sesuatu yang ajaib bagi saya, kerana kepercayaan yang tinggi kepada seseorang itu menjadikan sesuatu yang sebelum itu langsung mustahil, sudah menjadi tidak mustahil lagi
Ini mengingatkan saya juga kepada apa yang saya alami dengan ayah saya tahun lepas. Seperti juga ayah, saya bukanlah seorang tukang urut. Tetapi saya tekadkan kepercayaan bahawa saya mampu mengurut ayah sehingga sembuh, alhamdulillah dengan izin ALLAH, ayah kini sembuh.
Apa yang saya pelajari ialah, jangan sekali-kali meletakkan batasan yang menghalang sesuatu pekerjaan anda. Jika ia boleh mengganggu, maka robohkan kepercayaan itu dan semaikan sesuatu yang logik akal sebagai alternatifnya. Kepercayaan yang ada di dalam diri (apa yang kita percaya) sebenarnya tercipta sendiri berdasarkan pengalaman lampau kita. Namun, apa yang kita juga tahu, kepercayaan ini boleh di kawal, diruntuhkan dan di struktur semula jika kita menggunakan akal sebaiknya.
Renung-renungkan. Salam kejayaan!
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!
